View: 13875|Reply: 25
|
[Politik]
Anwar dulu lain, sekarang lain. Apabila dia menjadi Perdana Menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform – Tun M
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 13-11-2023 11:48 PM
Tun Dr. Mahathir Mohamad
PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa seteru lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah banyak berubah selepas hampir setahun beliau menjadi Perdana Menteri.
Katanya, perubahan Anwar boleh dilihat dari segi pendiriannya sebagai pemimpin kerajaan berbanding ketika bergelar sebagai pemimpin pembangkang.
“Kalau kita lihat Anwar, apabila dia tak jadi Perdana Menteri, pendiriannya berbeza. Itu nak revise, itu nak reform. Apabila dia menjadi Perdana Menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform.
“Dia bercakap, dulu lain, sekarang lain. Saya konsisten, dulu masa jadi Perdana Menteri pendirian sama, tak jadi Perdana Menteri, pendirian sama,” katanya dalam episod terbaru Keluar Sekejap hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau membawa masuk Anwar dalam politik kerana percaya dengan potensinya namun pandangannya berubah selepas itu.
“Pada masa itu, nampak dia warak, baik. Jadi saya bagi peluang pada dia. Apabila saya ambil dia masuk dalam UMNO, dia ketika itu dilihat sebagai orang yang kuat pegangan agama. Kita harap dia dapat suntik dia punya pengetahuan dalam UMNO, supaya UMNO juga dilihat berpegang pada agama.
“Tetapi apabila dia masuk dalam bidang lain (selain agama) dan jadi Perdana Menteri, benda yang kita harap dia akan urus, berlaku sebaliknya, tak seperti dijanji,” katanya.
Mahathir bagaimanapun mempertahankan tindakannya mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP untuk membentuk kerajaan.
“Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Datuk Seri Najib Razak akan terus jadi Perdana Menteri.
“Sekarang ini, kita ada masalah, saya dapati tak ada pilihan lain melainkan bekerjasama dengan Pas,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/anwar-dulu-lain-sekarang-lain-tun-m/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2023 11:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
“Kalau kita lihat Anwar, apabila dia tak jadi Perdana Menteri, pendiriannya berbeza. Itu nak revise, itu nak reform. Apabila dia menjadi Perdana Menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform... |
|
|
|
|
|
|
|
Imam mekdi mesti bangga siot sebab tun siap petik nama heshe lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Relax la tun.. Xde nye tun & keturunan tun akan didakwa apa2 kat mahkamah. Tun dah tua, tunggu dijemput izrail. Nuor tak sampai ati nak naye tun |
|
|
|
|
|
|
|
dia saja la yg da best, org lain semuanya pelingkup... |
|
|
|
|
|
|
|
dia je la yg betul... siap tuduh anwar terlibat kes lepaskan zahid.. alasan sbb anwar PM.. mesti dia ada buat sbb tu berani cakap |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir dulu nyanyuk, sekarang terpaling lah nyanyuk |
|
|
|
|
|
|
|
Perumpamaan melayu awal2 dah tulis:
Nak tau baiknya orang, tanyalah kawan,
Nak tau buruknya orang tanyalah Lawan
Apalah dosa Anwar kpd Mahathir sampai begitu mendalam marah dn dendam kesumatnya shnga ke hari ini.
Mahathir mengaku dia bekerjasama dgn DAP jatuhkan Najib. Hari ini, rakyat sendiri saksikan betapa Allah juga jatuhkan Mahathir tanpa ada konspirasi drp sesiapa. Apa hikmahnya Mahathir tak menang di L'kawi. Kifarah? atau Allah memberi message untuk Mahathir lebih meluangkan masa ke akhirat. Udah2lah/cukup2lah dgn hal dunia dn negara. Berilah peluang kpd orang lain memerintah negara dn jgn jadi dalang untuk menjatuhkan.
Hal negara tak akan ada noktahnya. Sapepun yg mentadbir tak akan mulus mentadbirya. Masalah rakyat dn negara pasti ada dari semasa ke semasa. Nak nama, Tun sudah pun terkenal seantero dunia. Kaya, tak payahlah dibaca. So nak ape lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
tua kutuk ni kalau tgh nazak nanti agaknya kena minum air basuh kaki PMX dulu baru boleh kiok..
banyak sgt dosa ko dgn pmx.bertaubatlah sblm terlambat.. |
|
|
|
|
|
|
|
dari amatan saya secara psikology, hanya anwar yang tunM rasa merupakan his greatest rival, sebab tu dari dulu sampai dah bercicit pun asyik merentan pasal anwar habis habisan. bagi tunM politicians lain hanya di celah giginya sahaja.....but...anwar ni sebenarnya yang paling dia takut. if not, takkan lah sampai sekarang without fail dia dok meratib anwar anwar anwar.....yg lain2 tu dia cuma ratib sehembus je |
|
|
|
|
|
|
|
once upon a time dia pernah bagi statement yang tunku abd rahman tu dah nyanyuk.....masa tunku ada bg komen pasal pemerintahan tunM.....( tak ingat the exct issue masa tu)
|
|
|
|
|
|
|
|
ye kan...mesti dia sendir pun buat...ie; sumbatkan dsai dlm penjara.....(errrr...tapi mesti dia cakap saya tak terlibat lansung...itu semua urusan pulisi)
|
|
|
|
|
|
|
|
Malas aku nak join cerca atuk ni cuma nak kata politicians ni hidup depa atas sokongan bukan atas prinsip.
Atuk pernah buat tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tun M dan PMX Anwar adalah Imam Mahdi atau Khalifah yang diutus bukan saja untok menjayakan umat islam bangsa melayu mahawangsa di malaysia tetapi juga dunia ....
Tetapi sayangnya mereka berbeza MAZHAB dan KITAB ...
Tanyalah fenomena ini kepada Prof. Dr. Soleha Yacob ....seorang ahli tentang sejarah keturunan Nabi Ibrahim dan Keturah ... pasti dia mampu menjelaskannya .... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati tengok keluar sekejap semalam
jauh benor kredebiliti Tun ngn anwar
tengokla komen youtube rata2 komen Melayu berterima kasih dengan Tun
sebab sedarkan mereka
mesti jeles puak2 PH
ADAN UKER |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai supporter PH... tak dengki pun.. yg ber'terima kasih' tu mesti ramai dikalangan walaun...tgh sekapal.. cuba tiba2 tak sekapal, mau kena maki berjemaah.. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak puas tgk!!!!
Nak siri kedua pliss...
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 14-11-2023 10:17 AM
tua kutuk ni kalau tgh nazak nanti agaknya kena minum air basuh kaki PMX dulu baru boleh kiok..
Tua kuyuk ni la yg ko jilat telur dia masa kerajaan PH 1.0 2018 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
masa Atok jadi PM8 haritu geng2 korang jugak yg hari2 melalak tak suka dia jadi pm smpai nak jatuhkan kjaan buat langkah shairaton bagai..bila dia dah jatuh,skrg jilat balik..dasar walaon bodoh
|
|
|
|
|
|
|
|
mamarilia replied at 14-11-2023 08:10 PM
sebagai supporter PH... tak dengki pun.. yg ber'terima kasih' tu mesti ramai dikalangan walaun...t ...
Ha'ah.. sapa yg dengki, sekelumit pun tak dengki, kesiaaannn ada. Lebih baik muhasabah diri dan hidup tenang2.
Sgt setuju, walaun kalau sekapal akn puji melangit, tak sekapal nnti, tunggulah terima kutukan pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|