CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3535|Reply: 0

[Pahang] Kata-kata nista bakar semangat!

[Copy link]
Post time 14-11-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode

SYAKIR Shafiee disahkan OKU fizikal akibat penyakit tulang mudah patah sejak berumur dua bulan. FOTO ihsan Syakir Shafiee

Bentong: "Dahlah cacat, tak sedar diri pula tu." Itu hinaan pernah dilemparkan individu tidak dikenali terhadap orang kurang upaya (OKU) fizikal, Syakir Shafiee, 35, di ruangan komen dalam akaun TikTok kerana berkongsi rutin hariannya.

Kata nista itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat Syakir kerana lebih ramai menyokong daripada yang melemparkan kecaman dan buktinya, Syakir sudah mengumpul 337,000 pengikut di TikTok.

Berkongsi kisahnya, Syakir yang menetap di Felda Chemomoi, Pelangai di sini berkata, dia disahkan menghidap penyakit tulang mudah patah terutama daripada paras pinggang ke bawah ketika berusia dua bulan.

Berikutan itu, Syakir yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik perlu menggunakan kedua tangannya untuk bergerak.



Menurutnya, kakak sulungnya, Nur Azah Shafiee, 53, dan kakak kedua, Fasyihah Shafiee mengalami masalah sama.



"Bagaimanapun, kakak kedua meninggal dunia ketika berusia 15 tahun hampir 40 tahun lalu iaitu sebelum saya dilahirkan lagi.

"Jadi kini, tinggal saya dan kakak sulung yang perlu meneruskan hidup dalam keadaan begini.

"Menurut doktor, penyakit saya tak ada harapan untuk sembuh, malah tiada rawatan atau pembedahan yang sesuai namun saya pernah menjalani sesi fisioterapi sehingga berumur lapan tahun.

"Tapi saya tak teruskan kerana diberitahu ia (fisioterapi) tak membantu menguatkan tulang saya pun," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Syakir, dia reda dengan ujian diberikan Allah SWT kerana menganggap ia bahagian untuknya.

Dia juga bersyukur kerana keluarga terutama ibu, Ramlah Hashim, 75, dan bapa, Shafiee Ishak, 78, banyak memberi sokongan terhadapnya.

"Alhamdulillah, saya dikelilingi orang yang positif kerana rakan pun tak pernah ejek waktu di sekolah dulu. Cuma, kekurangan diri ini memang membataskan saya untuk lakukan perkara yang orang lain boleh lakukan seperti bersukan, buat kerja lasak dan banyak lagi.

"Selain itu, keadaan diri juga menyebabkan saya tiada keberanian mendekati wanita walaupun ada keinginan berkahwin seperti lelaki lain tambahan suara saya macam perempuan.

"Pernah juga dulu berkawan rapat dengan wanita tetapi tak lama namun saya anggap tiada jodoh antara kami," katanya.


SYAKIR gemar memuat naik video rutin hariannya di TikTok.

Syakir berkata, buat masa ini, dia menerima elaun bulan sebanyak RM450 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Saya belajar setakat tingkatan lima dan hanya ada kelulusan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi, memang tak ada kerja tetap ditambah dengan keadaan fizikal saya yang menyukarkan majikan untuk beri peluang pekerjaan.

"Bagaimanapun, saya tak suka duduk diam jadi usaha juga ambil upah jual barang dalam talian bagi menambah duit poket," katanya.\

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ista-bakar-semangat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.433309 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list