CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2498|Reply: 0

[Kelantan] Tebalkan muka hutang kedai runcit demi 5 anak

[Copy link]
Post time 14-11-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Norliza Othman menunjukkan tangan kiri anaknya, Mohamad Zaiful Fitri Rosdi yang mengalami keretakab tulang selepas terbabit dalam kemalangan sejak lebih seminggu lalu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Seorang wanita tabah menyara keluarga selepas suaminya tidak lagi mampu bekerja susulan penyakit angin ahmar dihidapi sejak sembilan tahun lalu.

Lebih menyedihkan lagi, Norliza Othman, 43, juga buntu mencari sumber kewangan bagi membolehkan anak keduanya, Mohamad Zaiful Fitri Rosdi, 19, menjalani pembedahan memasukkan besi pada bahagian tangan kiri yang mengalami retak tulang akibat kemalangan jalan raya seminggu lalu.

Norliza berkata, anaknya itu perlu menjalani pembedahan memasukkan besi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 18 November ini dengan anggaran kos RM3,000.

"Saya tidak tahu di mana perlu mencari sumber kewangan memandangkan suami, Rosdi Sulaiman, 50, yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan tidak lagi mampu turun ke laut disebabkan masalah kesihatan.



"Bagi menyara keluarga, saya hanya mengambil upah menjahit pakaian dan langsir dengan pendapatan yang tidak menentu. Pada masa sama perlu menyara lima anak yang masih bersekolah.

"Bagaimanapun beban kewangan yang ditanggung sedikit ringan apabila lima anak yang bersekolah mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 setiap seorang," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sabak, di sini.

Ibu kepada lapan anak ini berkata, ada kalanya untuk kelangsungan hidup dia terpaksa menebalkan muka berhutang dengan kedai runcit berhampiran rumahnya selain mengharapkan ihsan saudara mara.

"Hutang di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa malu untuk terus berhutang membeli barang keperluan, tetapi demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berlapar.

"Saya sudah biasa hidup susah, namun apabila melihatkan wajah anak, kerap air mata ini jatuh kerana tidak mampu memberi keselesaan buat mereka.

"Dua anak saya termasuk yang terbabit dalam kemalangan menjadi tulang belakang kepada keluarga, namun kini hanya anak sulung, Jamatun Adawiah, 22, yang bekerja di sebuah kilang di Pengkalan Chepa membantu meringankan beban keluarga," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 153039019897 atas nama Norliza Othman atau boleh menghubunginya di talian 017-9284039.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -runcit-demi-5-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048959 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list