|
Bot yang dinaiki pensyarah UMK, pembantu jurukamera TV3 dan anggota APM terbalik di Sungai Nenggiri, semalam. FOTO Ihsan Nik Amir Hamzah Mohd Rapendi
Gua Musang: Seramai lima individu termasuk pengamal media berdepan detik cemas apabila bot milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaiki mereka terbalik di Sungai Nenggiri, berhampiran Kampung Star Lama di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, bot itu dinaiki Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Mohd Basri Abu Bakar, pembantu jurukamera TV3, Nik Amir Hamzah Mohd Rapendi, dua anggota APM dan seorang penduduk kampung sebagai penunjuk arah.
Menurut Ketua Program, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak, mereka dalam misi ekspedisi Sungai Nenggiri bagi meninjau dan mengkaji tahap pencemaran sungai berkenaan anjuran UMK dengan kerjasama Universiti Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Jabatan Perhutanan Kelantan dan APM.
Katanya, bot itu terbalik mungkin kerana pengendali selain peningkatan paras dan kelajuan air sungai susulan hujan lebat sebelumnya.
"Penunjuk arah yang ada bersama kami tidak dapat mengagak tempat yang bahaya atau selamat dilalui.
"Bot jadi tidak seimbang dan terbalik. Alhamdulillah semua kami memakai jaket keselamatan dan dapat menyelamatkan barangan dibawa," katanya.
Manakala bagi Nik Amir Hamzah pula, dia bersyukur kerana semua yang terbabit selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
"Situasi sangat mencemaskan kerana air Sungai Nenggiri yang dalam dan deras. Saya kehilangan telefon bimbit dan beberapa peralatan kamera rosak kerana dimasuki air," katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana pengendali bot berpengalaman menyelamatkan keadaan dengan meminta semua bertenang tidak panik selain sentiasa berpaut pada bot yang terbalik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-tv3-antara-mangsa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|