CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 0

Mazzarri kembali bersama Napoli

[Copy link]
Post time 15-11-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Bekas ketua jurulatih Watford, Walter Mazzarri menggantikan Rudi Garcia yang dipecat sebagai pengurus kelab juara Serie A Itali, Napoli. – Foto AFP

NAPLES, Itali: Juara Itali, Napoli melantik bekas pengurus Walter Mazzarri sebagai jurulatih baharu mereka, umum kelab Serie A itu lewat malam tadi.

Jurulatih berusia 62 tahun itu mengambil alih daripada Rudi Garcia selepas kekalahan di tangan Empoli menyaksikan juara musim lalu itu mengumpul 21 mata, 10 mata di belakang pendahulu semasa Inter Milan.

Napoli kalah tiga daripada 12 perlawanan pertama liga mereka, kekalahan lain di laman sendiri kepada Lazio dan Fiorentina dan selepas seri tiga lagi aksi, mereka menghuni tangga keempat, dua mata di belakang pasukan tangga ketiga AC Milan dan lapan mata di belakang Juventus di tangga kedua.

Permulaan hambar musim ini mencapai kemuncaknya Ahad lalu apabila Napoli tewas 1-0 di gelanggang sendiri kepada Empoli ketika taktikal Garcia gagal membuahkan hasil menentang pasukan yang kini berada di tangga ke-17.


Garcia mengambil alih di Napoli pada Jun lalu selepas Luciano Spalletti meletak jawatan sesudah memenangi scudetto pertama Napoli sejak tahun 1990, namun mereka kini berisiko tidak mampu bersaing merebut kejuaraan musim ini.

Pada peringkat sama musim lalu, Napoli memegang rekod tanpa kalah dalam Serie A, mendahului dengan 10 kemenangan dan dua kali seri.

Mazzarri kembali ke Napoli bagi tempoh kedua selepas beliau mengurus pasukan itu dari 2009-2013.

Beliau menamatkan musim sulungnya pada 2009-10 di tangga keenam sebelum membantu Napoli layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada musim berikutnya. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... bali-bersama-napoli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.577272 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list