|
Tinjauan di Pasar Berek 12. Bekalan ikan ini masih dan harga tidak naik. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Walaupun hujan dan musim tengkujuh bakal tiba di Kelantan, bekalan ikan masih mencukupi dan harganya juga tidak naik.
Tinjauan di Pasar Berek 12 di sini, mendapati bekalan ikan tempatan banyak dan cukup untuk menampung keperluan pengguna yang dijual dengan harga berpatutan.
Peniaga ikan, Norafaika Kamarudin, 32, berkata bekalan ikan di negeri ini banyak berikutan nelayan masih boleh turun ke laut menangkap ikan.
Katanya, disebabkan bekalan banyak, harga ikan tidak naik dan masih dijual dengan harga yang sama sejak beberapa bulan yang lalu.
"Harga ikan kembung dan selar dijual RM20 sekilogram, diikuti ikan tongkol RM10 sekilogram, selayang antara RM6 hingga RM10 sekilogram dan kerisi RM16 sekilogram.
"Harga ini kekal sejak dua bulan lalu dan tidak naik. Bekalan ikan ini saya beli dari nelayan tempatan termasuk di jeti berdekatan; Tok Bali, Pasir Puteh, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dan Besut, Terengganu," katanya ketika ditemui di Pasar Berek 12 di sini.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, kemungkinan bekalan akan kurang sekiranya musim tengkujuh kerana nelayan tidak dapat turun ke laut.
Selain itu katanya, bulan cerah juga menyebabkan ikan kurang dan kemungkinan harga akan naik dan sebagai pilihan peniaga akan membeli ikan kotak untuk dijual.
Pembeli, Nor Alina Azmi, 35, berkata dia akan membeli ikan di pasar itu kerana bekalannya segar kerana dibeli daripada nelayan tempatan.
"Alhamdulillah setakat ini harga ikan yang saya beli masih sama dan tidak naik. Saya harap harga ini kekal walaupun musim tengkujuh nanti.
"Namun, jika musim tengkujuh dia terpaksa membeli ikan kotak atau lebih memilih mendapatkan bekalan ikan masin atau kering untuk dibuat stok," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... h-murah-di-kelantan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|