CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3040|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Operasi di Pasar Borong Kuala Lumpur, ada majikan culas terhadap pekerja

[Copy link]
Post time 15-11-2023 05:45 PM | Show all posts |Read mode

SIVAKUMAR (empat dari kiri) ketika hadir Operasi Penguatkuasaan Perburuhan Secara Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Facebook Jkkp WP Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Tidak membayar gaji mengikut Perintah Gaji Minimum (PGM) antara pelanggaran dilakukan majikan yang dikesan ketika Operasi Penguatkuasaan Perburuhan Secara Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata, selain tidak membayar gaji mengikut PGM, pemeriksaan terhadap 34 majikan mendapati beberapa majikan turut melakukan pelanggaran waktu kerja dan bayaran gaji secara tunai, bukan melalui bank.

"Pelanggaran di bawah Persatuan Keselamatan Sosial (Perkeso), ada majikan tidak mencarumkan pekerja. Di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pula, ada majikan tidak mengikut piawaian dalam pengendalian bahan kabait.

"Kementerian bersama jabatan dan agensi berkaitan akan terus mempergiatkan pelaksanaan operasi dan penguatkuasaan selaras perundangan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan," katanya dalam kenyataan Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini.


PASUKAN penguat kuasa melakukan pemeriksaan terhadap majikan di Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Facebook Jkkp WP Kuala Lumpur

Operasi yang dijalankan di pasar borong itu dilaksanakan KSM bersama oleh jabatan serta agensi di bawah kementerian itu, antaranya Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), JKKP, Perkeso dan Human Resources Development Corporation (HRDC).

Operasi itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Seramai 68 pegawai penguat kuasa ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan dalam operasi di Pasar Borong Kuala Lumpur itu.

Pasar Borong Kuala Lumpur menyediakan lot gerai kepada peniaga sayur, buah-buahan dan juga ikan membabitkan 480 majikan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-terhadap-pekerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.064312 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list