View: 3038|Reply: 0
|
[Kelantan]
Padah onani depan perempuan
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kota Bharu: Seorang penjual kuih dipenjara tujuh hari dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan onani di lokasi berhampiran kafe di Pengkalan Chepa di sini, minggu lalu.
Tertuduh, Ahmad Zaquan Shahaimee @ Umeri, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini, tadi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berniat dengan membuat bunyi atau isyarat dengan niat perbuatan onani itu didengar atau dilihat.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun pernah beberapa kali melihat tertuduh dalam keadaan duduk di atas motosikal sambil melancap di tepi kafe tempat mangsa bekerja.
Pada 8 November lalu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang berada di kafe itu melihat tertuduh melakukan perbuatan sama di atas motosikalnya.
Berang dengan perbuatan tertuduh yang beberapa kali melakukan perbuatan sama, lelaki itu kemudian menghampiri tertuduh sebelum mengambil kunci motosikalnya dan menghubungi polis.
Siasatan mendapati, tertuduh sering ke lokasi kejadian untuk melakukan perbuatan jijik itu.
Pada 6 November lalu, tertuduh yang menaiki motosikal mengeluarkan bunyi lucah dengan niat untuk mengaibkan kehormatan dan didengar oleh mangsa yang berjalan bersendirian.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Syazalia memohon mahkamah memberi hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 terhadap tertuduh serta tambahan penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ani-depan-perempuan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|