|
KUANTAN: Seorang penjawat awam kerugian RM81,570 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan bitcoin tidak wujud yang menawarkan pulangan keuntungan sehingga 50 peratus.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 40-an itu terpedaya dengan pelaburan tidak wujud itu yang ditawarkan melalui aplikasi Telegram.
Katanya, berdasarkan laporan, mangsa menerima pautan daripada WhatsApp yang menawarkan pelaburan yang menguntungkan antara 20 peratus dan 50 peratus pada Jun lalu.
"Sebaik menekan pautan itu, mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan bitcoin di Telegram.
"Mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu membuat beberapa transaksi kepada akaun berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM81,570.30.
"Selepas memasukkan wang terbabit, mangsa diminta untuk terus memasukkan wang lagi tetapi tidak berbuat demikian kerana berasa ditipu.
"Siasatan mendapati wang itu adalah daripada simpanan mangsa sendiri serta pinjaman rakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Susulan kes itu, Yahaya berkata, orang ramai dinasihati tidak mudah
terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan dalam tempoh singkat.
Katanya, semakan terperinci dengan agensi kerajaan yang berkaitan perlu dilakukan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan tertentu.
"Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti Pusat Respons Scam Kebangsaan
(NSRC) di talian 997, portal semak mule, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tcoin-palsu-rm80000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|