CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4040|Reply: 1

Masa depan Sancho cerah di luar England

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester United, Jadon Sancho berada dalam radar kelab Arab Saudi, Al-Hilal menjelang jendela perpindahan Januari ini. - Foto AFP

MANCHESTER: Pemain Manchester United, Jadon Sancho berada dalam radar kelab Arab Saudi, Al-Hilal menjelang jendela perpindahan Januari ini.

Sancho dipinggirkan oleh United selepas tidak sehaluan dengan pengendali, Erik ten Hag yang menggugurkannya daripada skuad ketika kekalahan kepada Arsenal pada September.

Pemain sayap itu tidak berlatih atau berinteraksi dengan skuad senior kerana enggan meminta maaf kepada Ten Hag.

Menurut media British, pemain England itu berpeluang berpindah ke Arab Saudi bagi menggantikan Neymar di Al-Hilal.



Kelab gergasi Saudi kendalian Jorge Jesus itu sedang mencari pengganti Neymar selepas bintang Brazil berkenaan terpaksa berehat 10 bulan akibat kecederaan serius.

Sancho gagal menyerlah di United sejak berpindah dari Borussia Dortmund pada tahun 2021.

Pemain 23 tahun itu hanya meledak 12 gol dan enam umpanan gol dalam 82 penampilan.

Ia jauh berbeza dengan pencapaiannya di Dortmund. Sancho meledak 50 gol dan 64 umpanan gol dalam 137 perlawanan sepanjang empat tahun di kelab Bundesliga itu.

Sancho bagaimanapun tidak menunjukkan minat untuk berpindah ke Arab Saudi dalam masa terdekat.

Pengendali El-Ettifaq, Steven Gerrard dan kelab Serie A, Juventus juga berminat mendapatkan Sancho. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... rah-di-luar-england
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2023 05:24 PM | Show all posts
Apa lah punca sancho ni sebenarnya. Kat dortmund perform je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046072 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list