View: 4124|Reply: 0
|
[Terengganu]
Tangan putus 'dimamah' mesin pengisar daging
[Copy link]
|
|
Anggota bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. - Foto BOMBA
CHUKAI: Seorang wanita putus pergelangan tangan kanan selepas tersepit dalam mesin pengisar daging di rumahnya di Kerteh, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa berusia 31 tahun sedang mengisar daging untuk membuat burger.
Kejadian itu dikatakan berlaku apabila sarung tangan yang dipakai mangsa dipercayai terbelit pada bilah mesin pengisar menyebabkan tangan mangsa tertarik ke dalam mesin berkenaan.
Ketua Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah, berkata mangsa dikejarkan oleh suaminya ke Hospital Kemaman.
Operasi mengeluarkan tangan mangsa pada mesin itu menghadapi kesukaran berikutan pergelangan tangan mangsa yang hancur dan tersepit pada bilah pisau mesin pengisar terbabit.
"Bomba menerima panggilan jam 4.42 petang. Kami meleraikan beberapa bahagian mesin terbabit sebelum tangan mangsa dapat dikeluarkan dari mesin pengisar itu dalam tempoh setengah jam," katanya.
Mohd Zailani berkata, pergelangan tangan mangsa tidak dapat diselamatkan akibat mengalami kecederaan yang teruk sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan hospital untuk tindakan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... sin-pengisar-daging |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|