CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4012|Reply: 0

Kyrgyzstan yakin menang tapi risau kebangkitan Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

STEFAN Tarkovic yakin kemenangan akan menjadi milik mereka dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam ini. Di sebelah beliau ialah pemain pertahanan Kyrgyzstan, Tamirlan Kozubaev. - IHSAN FAM



PETALING JAYA: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic yakin kemenangan akan menjadi milik mereka dalam aksi menentang Malaysia dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam ini.

Bagaimanapun, Tarkovic mengakui bahawa perlawanan malam ini akan berlangsung sengit dan menjadi cabaran buat anak-anak buahnya kerana peningkatan ketara mutu bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini.

“Kami datang lebih awal ke Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan latihan serta keadaan di sini, cuaca, jenis rumput atas padang, masa pastinya tidak pernah sepenuhnya cukup tapi kami akan memberikan yang terbaik.

“Saya yakin 100 peratus bahawa kami akan berikan persembahan yang terbaik. Pastinya kami akan berlawan dengan baik kerana yang penting adalah bagaimana ‘input’ kami bermula dari pasukan yang pertama,” katanya.

Menganggap perlawanan itu sebagai tanggungjawab paling besar sepanjang kariernya, Tarkovic  turut menyifatkan ia sememangnya bagaikan suatu perayaan buat sesebuah pasukan bagi mengimpikan kelayakan ke Piala Dunia.

“Impian kami untuk menempatkan diri di perlawanan itu sendiri. Pastinya kami akan berlawan dengan baik kerana yang penting adalah bagaimana ‘input’ kami bermula dari pasukan yang pertama,’ katanya.

Ditanya tentang kebimbangannya terhadap Malaysia, Tarkovic berkata, dia percaya Malaysia memiliki pemain yang terbaik sejak beberapa tahun lalu dan anak-anak buah Kim Pan Gon tidak boleh dipandang mudah.

“Setiap jurulatih perlu bekerja keras demi untuk melawan Malaysia dengan prestasi pemain yang telah banyak dibaiki dan pastinya telah kenali prestasi pasukan Malaysia, pastinya perlawanan yang sengit buat kedua-dua pasukan.”

“Sudah pasti kami perlu berjaga-jaga dengan pemain kebangsaan yang bermain dengan semakin baik,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Oman adalah saingan utama di dalam saingan Kumpulan D selepas melihat jumlah perlawanan pasukan negara itu yang hampir ke perlawanan Piala Dunia.

“Bagi saya, ianya penting untuk fokus setiap satu perlawanan dan memperhatikan bagaimana perlawanan itu berjalan dalam kumpulan yang mencabar,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... tan-harimau-malaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.830631 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list