|
TERTUDUH didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul anak perempuan luar nikahnya berusia 20 tahun. FOTO Hidayatidayu Razali.
Kota Bharu: Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul anak luar nikahnya, pada 20 Oktober lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau ke atas anak perempuan yang juga anak luar nikahnya yang berusia 20 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik di sebuah rumah di Jalan Kuala Besar di sini, jam 4 petang, pada 20 Oktober 2023.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377D (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd Amin.
Terdahulu, Muhammad Aiman Syahmi mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.
Sementara itu, Ariyani memohon supaya jumlah jaminan itu dikurangkan kerana tertuduh bekerja sebagai nelayan yang menanggung isteri dan empat anak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bul-anak-luar-nikah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|