View: 2544|Reply: 0
|
Bellingham raih anugerah Golden Boy 2023
[Copy link]
|
|
Dua pemain Real Madrid, Jude Bellingham (kiri) dan Linda Caicedo masing-masing memenangi anugerah Golden Boy dan Golden Girl 2023. – Foto realmadrid.com
LONDON: Pemain tengah England, Jude Bellingham menerima anugerah Golden Boy 2023 selepas permulaan memberangsangkan kariernya di Real Madrid.
Pemain berusia 20 tahun itu mengatasi pemain sayap Bayern Munich, Jamal Musiala dan pemain RB Leipzig, Xavi Simons untuk menerima anugerah yang mengiktiraf pemain di bawah usia 21 tahun.
Bellingham kini pendahulu penjaring gol terbanyak La Liga dengan 10 gol dalam 11 perlawanan selain tiga gol dalam tiga penampilan di Liga Juara-Juara, selepas berpindah ke ibukota Sepanyol itu dari Borussia Dortmund pada Jun lalu dengan bayaran awal dilaporkan 103 juta euro (RM525 juta).
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang menjadi sebahagian daripada perjalanan saya setakat ini di Birmingham, Dortmund dan kini Madrid. Ia tidak mungkin terjadi tanpa mereka," kata Bellingham semalam.
"Terakhir dan paling penting, keluarga saya, yang memberi sokongan kepada saya, motivasi dan kasih sayang setiap hari untuk saya terus berusaha.
"Kini saya mempunyai anugerah berprestij ini yang saya mahu teruskan. Saya mahu terus meningkatkan potensi diri dan berharap banyak lagi trofi akan dimenangi."
Penyerang Madrid dari Colombia, Linda Caicedo, 18, memenangi anugerah Golden Girl.
Anugerah Golden Boy dimenangi sebelum ini oleh pemain seperti Wayne Rooney, Lionel Messi, Raheem Sterling, Kylian Mbappe, Erling Haaland serta duo Barcelona, Pedri dan Gavi. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... rah-golden-boy-2023 |
|
|
|
|
|
|
| |
|