CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2429|Reply: 0

De Bruyne nafi tulis lagu baharu Drake

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode

Kevin De Bruyne dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Burnley pada 11 Ogos lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne mungkin salah seorang pengumpan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris namun pemain Belgium itu menafikan dia membantu menulis lirik lagu baharu penyanyi rap Kanada, Drake berjudul 'Wick Man.'

Lagu baharu Drake dilancarkan semalam dengan 'K De Bruyne' tersenarai sebagai salah seorang penulisnya, menyebabkan peminat bola sepak berasakan pemain antarabangsa Belgium itu beralih kepada karier alternatif ketika dia diketepikan kerana kecederaan.

Imej yang tular itu pantas mendapat perhatian De Bruyne dan sekalipun pemain berusia 32 tahun itu pada mulanya melayan, dia kemudian pantas menafikan membantu penyanyi rap itu.


    . @Drake needed an assist. pic.twitter.com/xc8B3sewyS



    — Kevin De Bruyne (@KevinDeBruyne) November 17, 2023

"Drake memerlukan satu umpanan gol," tulis De Bruyne dalam satu hantaran nakal di media sosial.

"Ketepikan semua gurauan itu, ia bukannya saya! Tetapi saya tetap seorang peminat tegar!"

De Bruyne kini memulihkan diri selepas pembedahan susulan kecederaan hamstring dialaminya pada hari pembukaan liga Inggeris Ogos lalu.

City terasa ketiadaannya di bahagian tengah, dengan penyerang Erling Haaland turut bergurau di laman Instagram menyatakan Drake "tidak keseorangan" dalam memerlukan bantuan. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... s-lagu-baharu-drake
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045235 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list