CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 0

[Kelantan] Amaran banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok

[Copy link]
Post time 18-11-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok, sekiranya hujan terus berlaku sepanjang hari ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan ramalan itu berdasarkan amaran hujan berterusan (tahap buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 5.40 pagi tadi dan hasil simulasi model ramalan banjir.

Menurut kenyataan itu, Kampung (Kg) Kajang di Tanah Merah dijangka mengalami banjir pada 1 pagi esok (Ahad) manakala kawasan sekitar Kg Nibong dan Kg Air Bujing akan dinaiki air pada 3 pagi.

Bagi jajahan Pasir Mas empat kawasan yang dijangka banjir pada 3 pagi esok ialah Kg Kubang Rambutan, Kg Bagus, Kg Degung dan Kg Limau Purut.



Pada 9 pagi pula kawasan yang dijangka terjejas banjir adalah di Pasir Mas membabitkan kawasan sekitar Jeti Danau Tok Uban, Kg Chasi, Tok Uban, Kg Rasal, Kg Kuala Itik, Kg Kok Pauh, Kg Rahmat, Kg Pengkalan Telok dan Kg Tersang.

Sementara itu kawasan Kg Lubok Gong diramal mengalami banjir pada 5 petang esok diikuti sekitar pekan Rantau Panjang, Kg Gelang Mas, dan Kg Kalor pada 11 malam.

Kenyataan itu turut memaklumkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan dan amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pasir-mas-pagi-esok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046924 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list