View: 3718|Reply: 1
|
Richard Chin perkuat skuad B-23 negara
[Copy link]
|
|
RICHARD bakal memperkuatkan pasukan muda negara. -FOTO Charlton Athletic
Kuala Lumpur: Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara mendapat suntikan baharu menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April tahun depan apabila pemain kacukan iaitu Richard Chin dari kelab Charlton Athletic bakal memperkuatkan pasukan muda negara itu kelak.
Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pemain berusia 21 tahun itu dipanggil bagi memperkuatkan lagi pasukan kendalian Juan Torres Garrido.
"Chin menyertai 24 pemain lain termasuk Aiman Hakimi Othman dari Selangor FC yang dibawa masuk menggantikan Safwan Mazlan dari Terengganu FC yang mengalami kecederaan," katanya, menerusi kenyataan di laman sosial FAM.
Mengikut rekod, Chin ketika ini beraksi bersama Dartford FC, salah sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen enam liga bola sepak England dan dia menyertai kelab itu secara pinjaman dari Charlton Athletic.
Ketika beraksi bersama Charlton, Richard pernah membantu kelab itu mara sehingga ke peringkat suku akhir saingan Piala EFL dimana Charlton tewas kepada Manchester United yang muncul sebagai juara.
Pemain muda itu pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain berdarah Malaysia pertama yang tampil dalam saingan Piala EFL.
Pada aksi bertemu Walsall, Richard diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengurus pasukan, Ben Garner dan dia diberikan peluang untuk beraksi selama 81 minit sebelum terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua ekoran mengalami kecederaan.
Malah, Chin juga pernah menyatakan mahu beraksi bersama pasukan kebangsaan kerana ia satu penghargaan buat keluarganya terutamanya ayahnya yang berasal dari Malaysia.
Ketika ini, skuad B-23 negara mengharungi kem latihan selama lapan hari ini adalah sebagai persiapan awal menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-skuad-b-23-negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|