View: 7490|Reply: 0
|
Jangan ulang kesilapan yang sama - Pan-gon
[Copy link]
|
|
PAN-GON (dua dari kiri). -FOTO Aswadi Alias
Kuala Lumpur: Barisan pemain skuad Harimau Malaya diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan sama apabila berdepan Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei dalam aksi kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Selasa ini.
Pengendali negara, Kim Pan-gon berkata, beberapa kelemahan terutama sikap terlalu yakin perlu dihindari bagi memastikan buruan tiga mata dapat digenggam sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan dalam Kumpulan D nanti.
Katanya, elemen paling penting yang harus diterapkan di sanubari setiap pemain adalah sikap merendah diri dan menghormati pihak lawan.
"Perasaan saya cukup kuat selepas perlawanan terakhir sebelum ini dengan Tajikistan (pada final Pestabola Merdeka bulan lalu) di mana kita mesti ada keyakinan, kita perlu berani dan kita perlu berusaha.
"Tapi kita tetap kena hormati dan sedar siapa diri kita di mana kita berada. Untuk perlawanan berikutnya juga kita perlu sentiasa merendah diri, apabila kita merendah diri dan hormat pihak lawan, saya rasa kita ada peluang lebih baik," katanya.
Menurut bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) itu lagi, perlawanan menentang Taiwan dijangka sengit namun beliau tetap mahukan keputusan positif mampu di bawa pulang.
"Saya percaya perlawanan di tempat lawan (di Taiwan) pastinya sukar dan saya jamin ia bukan mudah, di mana suasana yang berbeza dan pendekatan berbeza.
"Saya berharap kita dapat buat persediaan sebaik mungkin dan jika kita tidak dapat tiga mata, kita takkan layak ke pusingan berikutnya dan kita perlu berjuang di sana," kata bekas pengendali Hong Kong itu.
Menerusi kemenangan ke atas Kyrgyzstan, skuad negara kini menghuni tangga kedua Kumpulan D di belakang Oman yang turut meraih kemenangan 3-0 ke atas Taiwan di Muscat, Khamis lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-yang-sama-pan-gon |
|
|
|
|
|
|
| |
|