CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3248|Reply: 0

Belanda tempah tiket ke Euro 2024

[Copy link]
Post time 19-11-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

BELANDA meraikan kejayaan mereka selepas berjaya layak ke Euro 2024 dalam saingan kumpulan B. -FOTO AFP

Amsterdam: Gol awal penyerang Wout Weghorst memastikan Belanda menempah tiket ke Euro 2024 selepas menundukkan Republik Ireland 1-0 di Arena Johan Cruyff awal pagi tadi untuk muncul naib juara Kumpulan B.

Weghorst membawa bola dari kawasan tengah Ireland dan di sebalik mempunyai pilihan untuk mengumpan ke kiri, dia memutuskan untuk memecut terus menuju ke gol dan merembat masuk bola yang menerjah jaring selepas 12 minit.

Kemenangan itu membolehkan Belanda mengumpul 15 mata, enam mata di belakang juara kumpulan Perancis yang mengekalkan rekod 100 peratus selepas tujuh perlawanan kumpulan namun tidak boleh dikejar pasukan tangga ketiga Greece.

Anak buah Ronald Koeman mengakhiri kempen mereka awal pagi Rabu ini berkunjung ke Gibraltar yang dibelasah Perancis 14-0 di Nice awal pagi tadi.



Belanda yang dibelenggu kecederaan dan turun tanpa ramai pemain utama, mendominasi Ireland bagi hampir keseluruhan perlawanan dan mencipta beberapa peluang namun gagal mengukuhkan pendahuluan di sebalik usaha terbaik di bahagian serangan yang diketuai Cody Gakpo.

Ireland berasakan mereka berjaya menyamakan kedudukan apabila percubaan pemain gantian Adam Idah melepasi jangkauan penjaga gol Bart Verbruggen dengan teknologi garisan gol mengesahkan ia melepasi garisan gol pada minit ke-65 namun VAR mendapati Idah berada dalam posisi ofsaid ketika dia menyambut umpanan.

Ia satu-satunya saat mengujakan buat penyokong lawan ketika Ireland, yang berakhir dengan enam mata selepas kekalahan keenam dalam lapan perlawanan, jarang mengancam kubu tuan rumah.

Ia dijangka penampilan kompetitif terakhir buat pengurus Stephen Kenny, dengan Ireland berdepan New Zealand pada aksi persahabatan di Dublin Selasa ini.

Belanda kini layak ke Kejohanan Eropah buat kali ke-11.

"Saya fikir kami boleh berbangga dengan diri sendiri," kata kapten Virgil van Dijk. "Sekalipun ramai pemain cedera, kami mempamerkan persembahan yang bagus."

Bintang pertahanan Liverpool itu berharap pemain yang cedera seperti pemain tengah Frenkie de Jong dan penyerang Memphis Depay akan kembali tidak lama lagi.

"Saya fikir kami berjuang dengan bagus sebagai satu pasukan dan mempamerkan banyak ketabahan. Ia mengujakan dan kami boleh terus berkembang.

"Harapnya pemain yang cedera boleh kembali cergas dan ia pasti satu Kejohanan Eropah yang hebat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tiket-ke-euro-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042534 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list