CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3545|Reply: 0

[Pahang] Sedih enam kucing tidak dapat diselamatkan

[Copy link]
Post time 19-11-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Warga emas, Asmah Utih (kiri) bersama anak, Wan Zariah Wan Ismail dan menantunya, Mat Yamin Azit melihat rumah mereka yang musnah dalam kebakaran malam kelmarin. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: "Saya amat sedih apabila enam kucing kesayangan dalam sangkar di bahagian dapur tidak dapat diselamatkan," kata warga emas, Asmah Utih, 67.

Dalam kebakaran di Blok 13 Felda Bukit Kuantan, dekat sini, yang berlaku kira-kira 11.30 malam kelmarin menyebabkan hampir keseluruhan kediaman yang dihuni tiga sekeluarga itu hangus.

Menurut Asmah, ketika kejadian dia dan anaknya, Wan Zariah Wan Ismail, 51, serta menantunya, Mat Yamin Azit, 50, tiada di rumah kerana keluar ke rumah anak lain di Felda Bukit Goh, di sini, kira-kira 8 malam kelmarin.

Katanya, Wan Zariah dan menantu pula pergi ke warung mereka di Tanjung Pasir, dekat sini, bagi menyediakan persiapan berniaga yang diusahakan.



"Saya tinggal sehelai sepinggang apabila semua pakaian dan barangan musnah terbakar. Turut hangus wang tunai RM6,000 untuk membeli baja tanaman kelapa sawit diusahakan.

"Rumah yang dihuni sejak 1974 kini musnah dalam sekelip mata, tidak dapat saya ungkap dengan kata-kata betapa sedih dan sayunya apabila melihat rumah yang dibina hasil jual buah kelapa sawit kini rentung," katanya.

Katanya, duit boleh diganti tetapi nyawa enam kucing kesayangannya tidak dapat dikembalikan.

"Tidak mungkin saya dapat melupakan kemanjaan haiwan peliharaan itu yang menjadi teman hidup setiap hari," katanya.

Sementara itu, Mat Yamin berkata, dia sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan menganggap kehilangan tempat mereka berteduh sebagai ujian apabila semua harta benda musnah dalam sekelip mata.

"Kerugian keseluruhan kira-kira RM250,000 apabila semua harta benda kami sekeluarga musnah. Turut terbakar motosikal Honda 150cc dan mesin potong rumput selain wang tunai hasil perniagaan lebih RM5,000 juga hangus.

"Walaupun kehilangan harta benda, dia bersyukur kerana kebakaran yang berlaku tidak mengundang kejadian diingini berlaku. Perkara buruk mungkin berlaku sekiranya ibu mentua berada di rumah ketika kejadian," katanya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dapat-diselamatkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.388791 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list