CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2260|Reply: 0

Taiwan enggan rebah di laman sendiri

[Copy link]
Post time 20-11-2023 07:10 AM | Show all posts |Read mode
Taiwan enggan rebah di laman sendiri


Pengendali Taiwan, Gary White. - Foto ihsan CTFA.


KUALA LUMPUR: Taiwan mengharapkan bantuan daripada penyokong dalam usaha untuk menjinakkan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Municipal, Selasa ini.

Perkara itu dilaungkan pengendali Taiwan, Gary White dengan pengendali dari England itu memasang impian besar untuk mengekalkan rekod tanpa kalah bersama skuad Blue Wings di gelanggang sendiri.

"Ini rumah kami, kami memerlukan penyokong dan rakan untuk hadir dan menang bersama kami," kata White di laman Facebook Persatuan Bolasepak Taiwan (CTFA).

Taiwan tidak tewas dalam tiga aksi di gelanggang sendiri sejak White dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan negara itu buat kali kedua pada Mei lalu.

Untuk rekod, White pernah menggalas tugas sama pada 2017 sebelum dia mengemudi skuad kebangsaan Hong Kong pada 2018.

Taiwan yang menghuni ranking ke-152 dunia terdesak untuk meraih kemenangan ke atas Malaysia selepas tewas 0-3 kepada Oman dalam aksi pertama Kumpulan D, Khamis lalu.

Kekalahan kepada Oman di gelanggang lawan menyaksikan skuad itu berada di kedudukan tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata.

Harimau Malaya dilihat akan tampil dengan motivasi lebih baik susulan kejayaan menewaskan pasukan di ranking 97 dunia, Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu.


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ah-di-laman-sendiri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.102255 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list