View: 1227|Reply: 0
|
Mbappe pemain termuda Eropah kumpul 300 gol
[Copy link]
|
|
MBAPPE gembira berjaya membantu Perancis mencatat kemenangan besar. FOTO AFP
Nice: Kapten Perancis, Kylian Mbappe lebih berbangga dengan pencapaian pasukannya berbanding kejayaan peribadinya sendiri apabila pasukan bimbingan Didier Deschamps merekodkan kemenangan 14-0 ke atas Gibraltar.
Hatrik Mbappe di Nice menyaksikan dia menjadi pemain termuda yang mencapai 300 gol dalam gabungan lima liga terbaik Eropah dan perlawanan antarabangsa, pada usia 24 tahun, 10 bulan dan 29 hari.
Pada malam ketika dia mengetuai pasukannya untuk meraih kemenangan bersejarah dan terbesar dalam kelayakan Eropah, Mbappe berminat untuk memberi tumpuan kepada pencapaian pasukan.
"Kami perlu menyerlahkan kemenangan kolektif," kata Mbappe.
"Terdapat banyak pemain berbakat dalam pasukan Perancis, untuk menghasilkan rekod ini dan kemenangan terbesar adalah sesuatu yang istimewa. Pasukan terbaik adalah lebih berharga daripada pencapaian peribadi.
"300 gol yang dijaringkan dalam karier saya adalah pencapaian baharu bagi saya tetapi ia perlu diketepikan kerana keseluruhan pasukan mempamerkan prestasi luar biasa hari ini."
Lionel Messi menjaringkan gol ke-300 pada usia 25 tahun, empat bulan dan tiga hari, tetapi bekas rakan sepasukannya di Paris St Germain itu sedar dia masih jauh untuk mengikuti pencapaian Messi dan Cristiano Ronaldo.
"Sesetengah pemain menjaringkan 800, ada yang 850, 300 masih kurang, ia tidak masuk akal! Ia satu langkah untuk saya dan saya mahu terus menjadi penentu untuk pasukan kebangsaan dan kelab saya," kata Mbappe.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... opah-kumpul-300-gol |
|
|
|
|
|
|
| |
|