CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1003|Reply: 0

Tommy idam kedudukan lebih baik

[Copy link]
Post time 20-11-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

STEINBRUCKNER (kanan) sasar tamatkan saingan Liga Super di kedudukan lebih baik. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner idam mahu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan lebih baik pada musim ini.

Jelas pengendali kelahiran Croatia itu, berbaki tiga perlawanan lagi, kedudukan sekurang-kurangnya kelima liga mampu dicapai jika semua perlawanan berkenaan berakhir dengan noktah kemenangan.

Bagaimanapun tegasnya, laluan untuk menempatkan di kelompok lima terbaik tetap berliku kerana pasukan di tangga kelima, Sabah FC kini mempunyai kelebihan enam mata berbanding pasukannya.

Terkini skuad Penyu yang muncul naib juara Liga Super pada musim lalu menghuni di tangga keenam liga dengan mengutip 36 mata di belakang Sabah FC yang mengumpul 42 mata dan Pahang FC dengan 44 mata di tangga keempat.



"Bila bercakap mengenai sasaran untuk baki tiga perlawanan lagi, sudah pasti kami mahu merekod kemenangan bagi menamatkan kedudukan lebih baik dalam saingan liga berbanding terkini di tangga keenam.

"Bagaimanapun ia bukan laluan yang mudah kerana lawan dalam baki tiga perlawanan itu juga sudah pasti masing-masing mempunyai impian sama untuk melakar kemenangan.

"Namun saya ingatkan kepada pemain agar mencuba sehabis baik bagi memastikan impian itu dapat dicapai," kata bekas Pengarah Teknikal Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, musim lalu itu ketika dihubungi.

TFC yang layak ke pentas final Piala Malaysia berdepan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menentang Sabah FC pada Jumaat ini dalam saingan Liga Super diikuti Pulau Pinang pada 3 Disember dan terakhir Perak FC pada 17 Disember.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... edudukan-lebih-baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050732 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list