CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1147|Reply: 0

Fandi puji komitmen Sri Pahang

[Copy link]
Post time 20-11-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

FANDI harap semua pemain dapat mengutip mata maksimum daripada tiga baki perlawanan. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad berpuas hati dengan komitmen anak buahnya selepas terikat 2-2 ketika berdepan Selangor FC pada perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Legenda bola sepak Singapura itu berkata, biarpun ketinggalan pada satu ketika, semangat juang yang dipersembahkan skuad Tok Gajah menggembirakannya.

"Pada babak pertama, kita kurang agresif, hilang tumpuan dan tidak dapat menyesuaikan dengan corak permainan Selangor. Namun, selepas minit ke-30, pemain mula mendapatkan rentak.

"Biarpun ketinggalan pada 0-1, kita berjaya menjaringkan dua gol sebelum Selangor menyamakan kedudukan 2-2 dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.



"Kemasukan Rafael Silva dan Kuvondik Ruziev pada babak kedua juga membantu memperkasakan jentera serangan," kata pengendali berusia 60 tahun itu.

Fandi berkata, perlawanan persahabatan itu juga memberi ruang kepada barisan kejurulatihan mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan susulan penangguhan Liga Super kerana aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 membabitkan Harimau Malaya.

Katanya, tempoh rehat saingan liga diharap membantu memperkasakan skuad Tok Gajah bagi menghadapi tiga baki perlawanan selepas ini.

"Saya harap semua pemain dapat mengutip mata maksimum daripada tiga baki perlawanan walaupun dijangka berdepan cabaran getir," katanya.

Selepas 23 perlawanan, Sri Pahang kekal berada di kedudukan keempat dengan 44 mata tetapi Sabah FC yang mengutip 42 mata di kedudukan kelima mampu memintas jika prestasi tidak konsisten dipersembahkan pada baki tiga perlawanan.

Justeru, skuad Tok Gajah perlu menang apabila berdepan Penang FC pada 26 November ini, diikuti Johor Darul Ta'zim (JDT) (3 Disember) dan Kuala Lumpur (KL) City FC (17 Disember).

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... komitmen-sri-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036766 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list