CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 0

[Terengganu] 3 PPS dibuka di Terengganu setakat tengah hari ini

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan menyelamat membantu memindahkan penduduk dengan menaiki bot untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air ketika tinjauan di Taman Murni Permai, Tok Jembal hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Banjir mula melanda Terengganu menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.

Setakat jam 12 tengah hari, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di Terengganu membabitkan dua di Kuala Nerus dan satu di Kuala Terengganu bagi menempatkan 184 mangsa yang terjejas.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, dua PPS dibuka di Kuala Nerus iaitu Dewan Serbaguna Tok Jembal bagi menempatkan 124 mangsa daripada 54 keluarga manakala seramai empat keluarga membabitkan 25 keluarga ditempatkan di Dewan Flat Batin Perdana.

PPS di Sekolah Kebangsaan Chendering di Kuala Terengganu pula diaktifkan bagi menempatkan 35 mangsa membabitkan sembilan keluarga.



Sementara itu, Sekretariat JBPN turut mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) Terengganu jam 10 pagi tadi.

Hujan lebat berterusan yang berlaku sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dinaiki air.

JPBN Terengganu mengaktifkan BGBN bagi menyelaras segala atur gerak kerja dan penyelarasan data pelaporan bencana.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kat-tengah-hari-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055198 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list