CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 945|Reply: 0

[Terengganu] Paras air sungai di Terengganu tunjuk trend peningkatan

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN penduduk meredah banjir menuju ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air ketika tinjauan di Taman Murni Permai, Tok Jembal. Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dilanda banjir serta paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend peningkatan. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend peningkatan susulan hujan berterusan sejak semalam.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, satu sungai di Kuala Nerus merekodkan bacaan melepasi paras amaran manakala dua sungai kini melepasi paras waspada.

Setakat jam 11 pagi, paras air sungai di parit utama di Padang Kemunting di Kuala Nerus merekodkan bacaan 3.72 meter melepasi paras normal 1.5 meter.

Dua lagi sungai di daerah Setiu iaitu Sungai Setiu di Kampung Besut dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok masing-masing merekodkan bacaan 16.15 meter dan 7.44 meter berbanding paras normal 13.3 meter dan 5 meter.



Secara keseluruhan, hujan melanda di seluruh Terengganu bermula awal pagi tadi dengan penerimaan hujan yang sangat tinggi direkodkan melebihi 200 milimeter di sekitar daerah Kuala Terengganu.

Empat lagi daerah iaitu Kuala Nerus, Besut, Setiu dan Marang pula merekodkan penerimaan hujan melebihi 100 milimeter.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-trend-peningkatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.514731 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list