CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 0

[Perak] Syarikat didakwa jual diesel kepada syarikat tidak berlesen

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Fullyee Petroleum PLT yang diwakili rakan kongsinya, Yip Kian Yew, 54, (kanan) tidak mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad. FOTO BERNAMA

Ipoh: Sebuah syarikat pemborong diesel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjual barang kawalan berjadual kepada syarikat tidak berlesen pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Yip Kian Yew, 54, yang merupakan rakan kongsi perniagaan mewakili perniagaan Fullyee Petroleum PLT mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Syarikat itu didakwa sebagai pemegang lesen borong didapati menjual barang kawalan berjadual iaitu 10,920 liter diesel kepada Syarikat K2 Bitumen Sdn Bhd yang tidak mempunyai lesen atau kelulusan bertulis yang sah daripada Pengawal Bekalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di K2 Bitumen, Taman Perindustrian Tungzen, Kampung Kepayang, Batu Gajah antara 8 pagi hingga 5 petang, 8 November 2022.



Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan kesalahan mengikut Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan yang sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2 juta dan kesalahan kali kedua atau kesalahan berulang tidak melebihi RM5 juta mengikut Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2006) jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Suhana Mohd dan Hasyutantee Khalil, manakala syarikat itu diwakili Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Mahkamah menetapkan 10 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikat-tidak-berlesen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.332523 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list