CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 0

[Terengganu] Jangan tular gambar, video lama kejadian banjir - Polis

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode

MAZLI (tiga, kanan) beramah mesra bersama mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal. FOTO Bernama

Kuala Nerus: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebar semula gambar serta video lama kejadian banjir atau bencana sehingga menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata amaran dikeluarkan kerana penularan gambar serta video lama kejadian bencana sering berlaku ketika banjir sekali gus menyebabkan keresahan orang ramai.

Beliau berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya sekali.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat ketenteraman awam.



"Kami mohon orang ramai untuk maklumkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini hari ini.

Seramai 124 mangsa banjir daripada keluarga 54 keluarga ditempatkan di PPS itu yang dibuka pada 7 pagi tadi.

Mazli turut menasihatkan orang awam supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan di jalan raya kerana banyak kawasan di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu telah dinaiki air.

Beliau berkata semua ketua polis daerah juga telah diarah meningkatkan pemantauan di kawasan berisiko kerana berlaku beberapa kemalangan motosikal akibat lubang dan kerosakan lampu isyarat.

"Banjir turut menjejaskan sistem lampu isyarat di lapan lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

"Bagaimanapun kita sudah tugaskan polis trafik bagi mengawal lalu lintas di lokasi terlibat.

"Ibu bapa juga saya minta tolong kawal pergerakan anak-anak pada musim banjir ini bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jadian-banjir-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.101958 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list