View: 1528|Reply: 0
|
[Melaka]
Pemuda sabit kes ketum sehari sebelum tunai umrah
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
MELAKA – Seorang pemuda dan rakannya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki air ketum, September lalu.
Majistret Khairunnisak Hasni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Ruzaini Mohamad Don, 31, dan Anuar Ismail, 44, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama didapati telah ada dalam kawalan bahan dadah mitragynine seberat 500 mililiter (berat bersih).
Kesalahan tersebut dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam di pondok hadapan sebuah rumah di Bukit Duyong dalam daerah Melaka Tengah pada 5 September 2023.
Terdahulu, Peguam A.H Mohamad Zulkiffly Abdul Hamid yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya diberikan hukuman denda yang ringan dengan alasan mereka menanggung keluarga serta Muhammad Ruzaini akan bertolak ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah, esok.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar bagi setiap tertuduh. Kedua-dua tertuduh kemudian membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ebelum-tunai-umrah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|