CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 7

[Politik] Majoriti rakyat sekarang sokong PN: Muhyiddin

[Copy link]
Post time 20-11-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa majoriti rakyat Malaysia sekarang memilih untuk memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) kerana koalisi berkenaan lebih memahami masalah dihadapi mereka berbanding Kerajaan Perpaduan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, dapatan itu diperoleh hasil tinjauan dan maklum balas diterima beliau dan pemimpin PN lain ketika turun padang bertemu serta mendengar rintihan rakyat di seluruh negara termasuk di kawasan Felda, bandar, kampung dan pedalaman.

Malah, bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa kehidupan rakyat Malaysia sekarang jauh lebih susah dan sengsara berbanding ketika pandemik Covid-19 melanda negara, sebelum ini.

"Saya fikir begitu dan tahu apa masalahnya. Kita turun ke bawah dengar apa rintihan mereka. Di Felda, kampung, apa lagi di bandar. Melayu berdepan masalah cukup besar.

"Saya fikir sewaktu zaman Covid-19 walaupun susah tetapi sekarang ini lagi susah. Apa yang kerajaan buat? Kenapa kekosongan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sampai empat bulan tidak terisi, apa yang susah sangat?" ujarnya dalam satu wawancara bersama Sinar Ahad.

Berikutan itu, Muhyiddin mendakwa, keadaan itu bermakna Perdana Menteri sekarang tidak komited untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat termasuk isu kenaikan harga beras, gula dan barangan keperluan harian lain.

"Apabila kita turun berkempen di bawah, kita tidak sentuh perkara lain tetapi kita bangkitkan perkara yang dekat di hati rakyat. Masalah pendapatan tidak bertambah, nilai ringgit jatuh, beli barang melambung dan sebagainya.

"Ini realitinya. Memang isu ini dalam tinjauan kita sepanjang masa dan paling utamanya ialah kesusahan rakyat. Perkara ini bukan hanya dihadapi pengundi Melayu sahaja tetapi semua kaum. Sekarang ini orang Cina pun sudah tidak percaya dengan kerajaan. Mereka marah sebab DAP tidak bersuara seperti dulu. Jadi itu isunya.

"Sebagai pembangkang, kita faham dan sebab itulah apabila turun ke bawah, kita lihat sudah ada kesedaran daripada pengundi, PN adalah parti yang berjuang. Kita pernah menjadi kerajaan, mungkin insya-ALLAH esok doa kita boleh jadi kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyifatkan pertambahan jumlah undi Melayu kepada PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini sebagai sesuatu yang positif kepada koalisi dianggotai parti Bersatu, Pas dan Gerakan itu.

"Walaupun kita tidak mencapai kemenangan tapi kalau dilihat majoriti yang kita dapat sebagai contoh di Pelangai, kita mendapat lebih 1,000 tambahan pengundi. Memang kita tahu kawasan itu susah hendak menang tapi kita masuk juga.

"Di pihak UMNO-BN mereka dapat tambahan undi sedikit sahaja. Maksudnya sudah ada kecenderungan besar untuk pengundi Melayu beralih sokongan, tidak menyokong UMNO tapi sokong PN.

"Tetapi kerana kawasan itu kita tahu bukan Melayu jadi kelemahan di situ, kita akui ia menyebabkan kita belum mencapai kemenangan bukan sahaja di Pelangai tapi di Pulai dan Simpang Jeram dulu," katanya.

Muhyiddin berkata, biarpun terdapat gelombang kebangkitan orang Melayu menyokong PN, namun kekurangan undi bukan Melayu tetap menjadi penghalang mereka menang di kerusi tentu.

"Sudah ada satu gelombang Melayu majoriti menyokong PN tapi kerana faktor bukan Melayu masih lagi menjadi penghalang menyebabkan kita tidak mencapai kemenangan tapi tidak apa. Ini peringkat permulaan, kecenderungan itu nyata dan kita akan teruskan usaha untuk masa depan," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/635545/berita/politik/majoriti-rakyat-sekarang-sokong-pn-muhyiddin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kepada benci PH sebenarnya. Bknnya suka sgt PN tu lg2 bersatu tu dgn 3rd class politician dia sauk
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Din pagoh ni bila nak berhenti meroyan. Ko pon kaki ponteng parlimen, bukan nak perjuang hak rakyat. Sama je semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 06:43 PM | Show all posts
sebenarnya ramai yg nak PAS jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Multiverse mna?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 20-11-2023 06:43 PM
sebenarnya ramai yg nak PAS jadi PM

Hadi Awang ke PM?

PM tepi boleh lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sepertimana abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra itu.

Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang telah mengilhamkan Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diilhamkan oleh abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra ini.

(306 patah perkataan sahaja)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:37 PM | Show all posts
bukti please.. nak jadi Isr@ el ke.. sebut tanpa bukti huhu lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065050 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list