CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 0

Mendy sedia saman City

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode

MENDY (kiri) sedia bawa City ke muka pengadilan. FOTO Reuters

London: Bekas pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy bersedia menyaman juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas mendakwa berhutang dengannya dalam urusan pembayaran gaji.

Mendy akan membawa City ke tribunal pekerjaan dalam usaha untuk mendapatkan semula haknya, iaitu 'potongan gaji tanpa kebenaran' selepas dia didakwa merogol dan melakukan serangan seksual dua tahun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu dibebaskan daripada tuduhan rogol dan cubaan merogol dan meninggalkan City apabila kontraknya tamat pada Jun.

City didakwa berhenti membayar gaji Mendy pada September 2021 selepas dia pada mulanya didakwa dan ditahan dalam tahanan.



"Nick De Marco KC... bertindak untuk bekas pemain Manchester City, Benjamin Mendy dalam tuntutan jutaan pound untuk potongan gaji yang tidak dibenarkan," satu kenyataan daripada pihak Mendy memberitahu Sky Sports dan The Guardian.

"Manchester City FC gagal membayar Mendy sebarang gaji sama sekali mulai September 2021, berikutan dia didakwa atas pelbagai kesalahan yang kesemuanya dibebaskan, sehingga tamat kontraknya pada Jun 2023. Tuntutan itu akan dibuat sebelum dibawa ke tribunal pekerjaan."

Pada Januari, Mendy dibebaskan daripada enam pertuduhan rogol dan satu pertuduhan serangan seksual, tetapi juri tidak dapat mencapai keputusan atas dua pertuduhan, yang membawa kepada perbicaraan semula.

Dia didapati tidak bersalah atas dua pertuduhan itu oleh juri pada perbicaraan semula pada Julai.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dy-sedia-saman-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.399272 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list