View: 1319|Reply: 0
|
Peminat teruja jumpa Salah - Ghoraba
[Copy link]
|
|
Bintang Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah terpaksa diiring oleh tentera dan anggota keselamatan selepas aksi kelayakan Piala Dunia menentang Sierra Leone di Monrovia, Liberia. - Foto AGENSI
LONDON: Pengendali Mesir, Mohamed Ghoraba berkata peminat Liverpool tidak perlu risau tentang keselamatan Mohamed Salah yang menjadi sasaran penceroboh padang ketika aksi menentang Sierra Leone di Liberia.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan anggota keselamatan berkejar ke dalam padang ketika kemenangan 2-0 Mesir ke atas Sierra Leone bagi menghalang peminat yang menuju ke arah Salah.
Salah kemudian diiring keluar oleh pegawai keselamatan dan tentera, dengan salah seorang peminat sempat menghampiri mereka untuk bergambar dengan pemain Liverpool itu.
Insiden berkenaan merisaukan sebahagian penyokong Liverpool yang merasakan bintang mereka itu tidak selamat ketika bersama Mesir, dengan pemain 31 tahun itu turut menjadi tumpuan peminat bola sepak Afrika.
"Berita berkenaan serangan adalah tidak tepat. Di sini, penyokongnya amat baik dan mereka menyokong Liverpool atau Arsenal.
"Bagi mereka, Mohamed Salah dan Mohamed Elneny adalah ikon, jadi kehadiran mereka di negara itu adalah impian menjadi kenyataan. Bagi mereka, ia satu-satunya peluang untuk melihat Salah beraksi di laman mereka, jadi ia perkara biasa untuk peminat menceroboh ke dalam padang," kata Ghoraba.
Trezeguet meledak dua kali untuk Mesir dan Salah membantu gol kedua bekas pemain Aston Villa itu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... jumpa-salah-ghoraba |
|
|
|
|
|
|
| |
|