CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 0

[Kelantan] Lagi dibakar, lagi kerap dia muncul

[Copy link]
Post time 21-11-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Salah seorang pekebun menunjukkan tanaman pisang dan ubi kayu yang dimusnahkan gajah liar di Kampung Chemal, Pos Belatim, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di daerah ini bukan hanya diancam serangan harimau belang, malah kehidupan dan rezeki mereka turut diganggu oleh pencerobohan gajah liar.

Terbaharu, pekebun yang mendiami Kampung Chemal, Pos Belatim di sini, berdepan kerugian selepas tanah kebun yang menempatkan pelbagai tanaman seperti pisang, ubi kayu dan ­sayuran dimusnahkan gajah liar.

Seorang pekebun Bokyah Alang, 35, berkata, sudah dua kali tanamannya dirosakkan oleh gajah liar sejak enam bulan lalu sehingga mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.

“Saya telah membuat hala­ngan seperti unggun api, tetapi tidak berjaya menghalau gajah liar berkenaan.

“Kami juga ada membakar kayu dan buluh kering di tengah kebun untuk mengelak gajah muncul pada sebelah malam, namun semakin kerap pula gajah itu datang,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Seorang lagi pekebun warga emas, Along Busu, 66, berkata, dia sangat sedih melihat kebun­nya yang musnah diceroboh gajah walaupun hanya terletak kira-kira 500 meter dari rumah.

“Kami syak kawanan gajah itu sangat lapar sebab banyak tanaman yang dimakan. Ubi kayu untuk makanan ketika musim tengkujuh juga habis ditarik keluar dari tanah.

“Kami baru sahaja berbincang sesama sendiri untuk membina pagar bersama-sama. Melihatkan keadaan sebegini, rasanya pagar buluh dan batang pokok pun tidak dapat menghalang haiwan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan provokasi terhadap mana-mana haiwan liar yang terdapat di kawasan penempatan mereka.

“Kita ada menasihati penduduk Orang Asli supaya jangan timbulkan konflik dengan binatang kerana kita takut nanti ada tindakan luar kawalan dari haiwan terbabit,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... i-kerap-dia-muncul/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.298747 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list