CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3322|Reply: 2

[Kelantan] ‘Tiada siapa sudi pinjamkan kami duit’

[Copy link]
Post time 22-11-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Norliza melihat tangan Mohamad Zaiful ketika ditemui di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa semalam.

KOTA BHARU – “Saya kini semakin tersepit sejak suami hidap ­angin ahmar sembilan tahun lalu dan kini anak pula perlu RM4,000 untuk masukkan besi pada tangan.”

Itu luahan seorang tukang jahit, Norliza Othman, 43, yang tertekan dan buntu di mana dia hendak menyediakan wang sebanyak itu bagi membolehkan anak lelakinya, Mohamad Zaiful Fitri Rosdi, 19, dirawat.

Katanya, Mohamad Zaiful kemalangan apabila motosikal yang dia tunggang terjerlus ke dalam lubang sebelum terbabas dan terjatuh ketika hendak pulang ke rumah di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa di sini dua minggu lalu.

“Pergelangan tangan kirinya patah dan perlu dimasukkan besi bulan depan. Saya buntu hendak cari wang sebanyak itu kerana suami tidak lagi bekerja sejak di­serang angin ahmar.

“Belanja kami hanya bergantung kepada upah menjahit de­ngan pendapatan RM500 sebulan selain dibantu anak sulung, Jamaatun Adawiah, 22, yang be­kerja di sebuah kilang di Padang Tembak, Pengkalan Chepa,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Norliza, pendapatannya tidak menentu jika tiada pelanggan membuat tempahan dan sekiranya itu berlaku, maka mereka sekeluarga perlu mengikat perut dan makan ala kadar sahaja.

Tambahnya, dia terpaksa menangguhkan pembedahan anaknya yang dijadualkan pada Sabtu ini sekiranya wang masih belum mencukupi.

“Saya ada cuba pinjam daripada rakan tetapi gagal. Saya sudah tidak mampu mencari wang kerana lima anak saya berusia antara sembilan hingga 17 tahun masih bersekolah,” katanya.

Ujar Norliza, bil elektrik di rumah pusaka ibunya yang menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga juga sudah tertunggak hingga empat bulan.

“Belanja anak sekolah dan barang dapur seharian juga tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, dia meminta pihak berwajib melihat jalan yang berlubang di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, kerana berbahaya kepada pengguna motosikal yang menunggang dalam keadaan laju.

“Apabila keadaan cuaca gelap tambah pula dengan hujan, kadang-kadang penunggang tidak menyedari laluan berkenaan itu berlubang.

“Saya difahamkan sudah ramai penunggang yang terlibat dalam kemalangan di kawasan berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya talian 017-928 4039 atau me­nyalurkannya ke akaun Maybank Norliza di 153039019897.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 11:01 AM | Show all posts
sllu kalau kt wad eksiden mcm ni msti doc akan refer kt zakat/baitulmal, kat penang, yg tak mampu akan dpt bantuan besi ni..

Maybank Norliza di 153039019897



tak pelah kita cuba bantu serba sikit

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 11:18 AM | Show all posts
apa guna ye wakil rakyat ketua kampung belah-belah nun?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.335842 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list