CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 0

[Kelantan] Bayi kembar 40 hari, dibawa redah banjir sejauh 800 m

[Copy link]
Post time 23-11-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

NUR ASYIKIN Zakaria, dan ibunya, Noriah Setapa, 51, membawa bayi kembarnya meredah banjir sejauh 800 m ketika ditemui di Kampung Bendang Perol, Gual To'Deh, di sini, semalam.

Rantau Panjang: Bayi kembar lelaki berusia 40 hari terpaksa dibawa mengharungi banjir dengan berjalan kaki sejauh 800 meter (m) selepas kediaman mereka mula dilanda banjir di Kampung Bendang Perol di sini, semalam.

Ibu mereka, Nur Asyikin Zakaria, 23, berkata, dia bersama suami, Muhammad Fazra Azmi, 34, serta ahli keluarga mengharungi air separas 0.5 m sebelum menaiki kereta untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh, di sini.

Katanya, mereka memilih untuk berjalan kaki kerana bimbang bot fiber yang ada terbalik seterusnya membahayakan anak kembarnya, Muhammad Nabil Khalis serta Muhammad Naufal Khalis, selain perlu melalui jalan yang lebih jauh dan penuh semak samun.

"Kami keluar daripada rumah sekitar 6.30 petang, selepas menyedari air semakin tinggi. Tambahan pula, anak kami masih lagi kecil dan biasanya jalan keluar dari penempatan kami terkepung dengan banjir yang parasnya boleh mencecah lebih satu m.



"Walaupun kesejukan, saya gagahkan juga diri ini untuk mengharungi air, manakala suami dan ibu, Noriah Setapa, 51, membantu dengan menggendong kedua-dua anak saya sambil berpayung kerana hari yang masih hujan.

"Saya tidak meminta bantuan kerana sudah biasa dengan situasi ini, tambahan pula semua keluarga dan jiran turut membantu termasuk mengangkat barangan bayi untuk dibawa ke PPS," katanya ketika ditemui selepas mengharungi banjir di Kampung Bendang Perol, Gual To'Deh di sini, semalam.

Mereka adalah antara tujuh keluarga yang mula berpindah ke PPS di jajahan Pasir Mas, susulan penempatan mula dinaiki air petang kelmarin.

Nur Asyikin berkata, dia bersyukur kerana kedua-dua anak kembarnya tidak meragam dan hanya tidur sahaja ketika dibawa meredah bah untuk menyelamatkan diri.

"Sebenarnya, saya juga risau jika ada haiwan berbisa seperti lipan atau ular kerana sepanjang perjalanan kami perlu melalui kawasan kelapa sawit, namun Alhamdulillah, semuanya selamat.

"Suami saya berulang-alik mengangkat barangan terlebih dahulu sebelum kami bersama-sama meredah bah kerana biasanya keluarga saya perlu berada lama di PPS pada setiap tahun, susulan air lambat surut kerana penempatan yang rendah.

"Saya berharap anak kembar saya baik-baik sahaja, tambahan pula biasanya bila berada di PPS akan ada kakitangan kesihatan yang datang untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... banjir-sejauh-800-m

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.562162 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list