CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 0

[Kelantan] Rantau Panjang mula dilanda banjir

[Copy link]
Post time 23-11-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK di Kampung Tersang yang terletak di tepi Sungai Golok mula memindahkan barangan sebagai persiapan menghadapi banjir. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Rantau Panjang: Beberapa penempatan rendah di Rantau Panjang mula dilanda banjir susulan limpahan air Sungai Golok, sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal@Jainal Madasin berkata, antara penempatan yang sudah dinaiki air seperti Kampung Tersang, Kampung Bendang Perol, Kampung Tasek Bakong, Kampung Kusar, Kampung Putat Tujuh serta Jalan Pengkalan Rakit dan Jalan Pengkalan Telok, di sini.

Katanya, situasi berkenaan berlaku susulan hujan lebat beberapa hari lalu, selain limpahan sungai Golok akibat aliran air dari kawasan hulu di Jeli dan Tanah Merah.

"Kesemuanya kampung serta jalan terbabit adalah kawasan rendah yang hampir setiap tahun menjadi lokasi terawal dilanda bah. Malah, pihak JBPM sendiri sentiasa memantau penempatan berkenaan supaya semuanya berada dalam keadaan terkawal dan selamat.



"Kami bersedia 24 jam sepanjang musim banjir bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan serta memastikan rondaan berkala dijalankan terutama di kampung-kampung yang sudah dilanda banjir.

"Penduduk harus berwaspada serta mengambil langkah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) atau tempat selamat jika keadaan paras air semakin bertambah atau naik mendadak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut laman web, publicinfobanjir.water.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi aras bahaya dengan bacaan 9.09 meter, setakat 8.15 pagi, hari ini

Zainal berkata, bagaimanapun jalan utama ke pekan Rantau Panjang masih boleh dilalui dan difahamkan operasi perniagaan masih berjalan seperti biasa.

"Penduduk terutama yang berdekatan kawasan sungai dinasihatkan supaya berhati-hati kerana pelbagai insiden kemungkinan berlaku dalam situasi banjir.

"Hubungi pihak bomba terdekat untuk bantuan selain peka dengan kehadiran anggota yang meronda di kawasan anda jika mahu meminta pertolongan. Selain itu, awasi juga kanak-kanak bagi mengelak insiden lemas yang boleh meragut nyawa.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mula-dilanda-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055387 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list