CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 0

[Pahang] Bersengkang mata jaga lembu sado

[Copy link]
Post time 23-11-2023 01:00 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Khairi bersama lembu sado baka charolais miliknya. FOTO Mohd Rafi Mamat

Maran: Kegiatan mencuri lembu sado di daerah ini memaksa seorang penternak di Kampung Bukit Lada di sini, berjaga malam bagi mengawasi 19 ternakan baka limosin dan charolais miliknya.

Mohd Khairi Hafizin Mazlan, 27, berkata, sebelum ini sudah beberapa kali dia mendapati ada cubaan mencuri lembunya, tetapi tidak berjaya apabila penjenayah itu terserempak penduduk kampung.

Katanya, dalam satu kejadian, pencuri menyumpit dengan ubat pelali lembu baka Brahman miliknya, namun haiwan itu lari ke hutan sebelum pengsan menyebabkan penjenayah gagal memindahkan lembu terbabit.

Menurutnya, kes terbaharu berlaku minggu lalu apabila lembu sado milik rakannya dicuri, selain dua kes berasingan turut berlaku di Bera.



"Setiap malam saya dan ayah (Mazlan Esop, 56) terpaksa bergilir berjaga malam bagi memastikan lembu sado milik mereka tidak dicuri kerana haiwan itu berharga mencecah RM24,000 seekor.

"Sistem jalan yang baik memudahkan lagi penjenayah melakukan kegiatan mereka dan setakat ini usaha mengesan pihak terbabit masih lagi gagal," katanya ketika ditemui, hari ini.

Dia yang berpengalaman lebih tiga tahun menternak lembu sado berkata, selain lembu sado, dia turut memilik 70 lembu jantan baka Kedah-Kelantan untuk dijual sempena ibadah korban pada Aidiladha tahun depan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ata-jaga-lembu-sado

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.615417 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list