CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3956|Reply: 0

[Kelantan] Hospital bagaikan rumah kedua Nur Iman

[Copy link]
Post time 25-11-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Sabri menunjukkan gambar Nur Iman. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Dalam usia yang menginjak 22 bulan, Nur Iman Mohd Sabri sudah menjalani empat siri pembedahan besar dan hospital sudah dianggap sebagai rumah keduanya.

Dilahirkan dengan penyakit 'Benign Epignathus Teratoma' iaitu ketumbuhan besar dalam mulut yang menutup seluruh hidung dan mulut sehingga menyukarkannya untuk makan serta bernafas.

Menurut bapanya, Mohamad Sabri Ariffin, 29, anak keduanya itu sudah menjalani pembedahan sejak berusia tiga bulan dan terakhir adalah pada Januari lalu membabitkan pembedahan untuk membentuk dagu serta bibir.

"Ketika dalam kandungan, doktor tidak mengesan sebarang kecacatan pada bayi tapi sebaik dilahirkan kami semua sangat terkejut apabila melihat keadaannya yang menyedihkan.



"Pada awalnya isteri tidak dapat menerima dan selama tiga bulan asyik menangis mengenangkan keadaan Nur Iman sehingga dia perlu dirujuk kepada pakar psikiatrik namun lama-kelamaan, isteri reda dengan takdir," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Sabri berkata, akibat ketumbuhan dalam mulut Nur Iman, anak bongsunya itu tidak memiliki lelangit, gusi yang tidak normal, lidah terbelah dua, hidung serta mulut yang tidak sempurna.

Katanya lagi, banyak lagi siri pembedahan lain yang perlu dijalankan Nur Iman dan doktor menjangkakan semua itu dihadapinya sehingga mencecah usia 12 tahun.

"Baru-baru ini doktor ada membuat ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan mengesan ada ketumbuhan di kepalanya.

"Untuk rawatan itu, kami memerlukan RM9,000 bagi kos pembelian alat yang perlu dipasang di tubuh Nur Iman untuk membuang cecair berkaitan tapi kami meminta sedikit masa kerana selain kekangan wang, biarlah Iman berehat dahulu.

"Walaupun Iman tidak dapat bersuara selain hanya terlantar di katil, dia menunjukkan respons jika namanya dipanggil dan kami berdoa agar ada keajaiban buatnya...biarlah Iman jadi normal walau tidak sepenuhnya," katanya yang sudah berhenti kerja sejak Iman dilahirkan.

Mohd Sabri yang sebelum ini bekerja dalam bidang pembinaan di Kuala Lumpur kini langsung tidak dapat bekerja kerana perlu menguruskan Nur Iman bersama isterinya, Nor Fazlina Ibrahim, 39, kerana bayi perempuan mereka itu memerlukan penjagaan rapi.

Buat masa sekarang, Mohd Sabri berkata, mereka menghabiskan wang simpanan selain bantuan sanak saudara selain bergantung kepada elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima Nur Iman sebanyak RM700 sebulan.

"Perbelanjaan untuk Iman agak besar kerana selain lampin pakai buang dan susu khas, keperluan perubatannya juga perlu disediakan termasuk kos ulang alik kami dari Jerteh, Terengganu ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian jika ada janji temu," katanya yang boleh dihubungi di talian 0199128861.

Terdahulu dia menerima kunjungan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang menyerahkan sumbangan zakat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umah-kedua-nur-iman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073886 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list