View: 427|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kelantan hanya dapat RM40 juta wang ihsan, tahun ini
[Copy link]
|
|
Kelantan hanya dapat RM40 juta wang ihsan, tahun ini
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Kota Bharu: Kerajaan Kelantan memaklumkan, sehingga kini, pihaknya hanya mendapat bantuan wang ihsan RM40 juta daripada Kerajaan Pusat, berbanding tahun lalu RM331.38 juta.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, jumlah itu dianggap begitu ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya dan pihaknya berharap baki wang ihsan berkenaan dapat disalurkan pada akhir tahun ini.
"Untuk bantuan wang ihsan, pada 2020, kita mendapat sebanyak RM190.85 juta; pada 2021 pula, mendapat RM201.04 juta, manakala tahun lalu, kita mendapat RM331.38 juta dan tahun ini, RM40 juta.
"Pihak kerajaan sehingga kini masih di peringkat rundingan dan kita mengharapkan baki bayaran wang ihsan berkenaan dapat dibayar akhir tahun ini iaitu bulan depan.
"Bagi saya, kita masih mempunyai peluang dan ruang memandangkan tahun ini kita masih berbaki satu bulan lagi. Sama-samalah kita berdoa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rozi Mohamad (Pas-Tendong) berhubung jumlah wang ihsan yang disalurkan Kerajaan Pusat sejak 2020 sehingga tahun ini kepada Kelantan.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Azhar Salleh (Pas-Pulau Chondong) berhubung harapan dan tindakan susulan yang diambil, Mohd Nassuruddin berkata, sudah tentu kerajaan negeri meletakkan harapan berhubung baki wang ihsan berkenaan memandangkan terdapat rundingan dilakukan.
"Menerusi perbincangan mesyuarat sebelum ini, kita ada suarakan beberapa perkara dan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat positif.
"Kita juga sudah mengutarakan berhubung kunjungan khas terhadap Perdana Menteri dan sudah menghantar surat, namun sehingga kini belum mendapat tarikh berhubung perkara itu.
"Jika tiada perjumpaan sekali pun, kita berharap baki wang ihsan itu dapat disalurkan," katanya.
SUMBER:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-ihsan-tahun-ini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|