|
MOHAMAD Nazrul Erwan Che Hamat memilih tinggal di asrama sebagai persiapan banjir ketika ditemui di Kampung Serongga, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
PASIR MAS: Seorang pelajar tingkatan lima yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih untuk tinggal di asrama sejak Julai lalu bagi mengelak berdepan kesukaran jika rumahnya di Kampung Serongga di sini ditenggelami banjir.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohamad Nazrul Erwan Che Hamat, 17, berkata, keputusan itu dibuat selepas rumahnya sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh.
“Situasi itu menyebabkan jalan keluar untuk ke sekolah ditenggelami air sekali gus memberi kesukaran kepada saya nanti.
“Untuk mengelakkan berdepan masalah di kemudian hari, saya fikir, elok tinggal di asrama. Dengan cara ini, saya boleh memberikan tumpuan penuh kepada peperiksaan itu nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang itu berkata, dia nekad belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga pada masa hadapan.
Sementara itu, Saripah Safai, 48, berkata, berharap anaknya itu dapat memberikan tumpuan penuh kepada SPM yang akan diduduki bermula 5 Disember ini.
Katanya, SPM itu penting kerana dia mahu Mohamad Nazrul Erwan memperoleh keputusan cemerlang nanti.
“Selain faktor banjir dia juga menghantar anaknya ke asrama kerana mahu anaknya fokus kepada peperiksaan SPM itu.
“Sekarang ini tidak perlu risau lagi anak terkandas banjir kerana dia tinggal di asrama,” ujarnya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... asrama-elak-banjir/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|