View: 2634|Reply: 0
|
[Kelantan]
Mangsa banjir Kelantan kembali meningkat
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat apabila seramai 459 mangsa berlindung di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 59 orang setakat pukul 4 petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa itu terdiri daripada 123 keluarga dari dua daerah iatu Pasir Mas dan Bachok masih terjejas dengan banjir.
Menurutnya, setakat pukul 8 pagi Bachok menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 374 orang di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Lalang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat.
“PPS Sk Gual Tok, Rantau Panjang mula menempatkan 85 mangsa daripada 30 keluarga,” katanya.
Sementara itu semua sungai-sungai utama di negeri ini kembali pada paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang masih ditahap amaran walaupun menunjukkan tren menurun.
Bagaimanapun, Sungai Semerak di Jambatan Melor dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu berada pada paras berjaga-jaga.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -kembali-meningkat/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|