CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2674|Reply: 0

[Pahang] Banjir Bukit Tinggi: Jalan rosak, pengunjung Janda Baik patah balik

[Copy link]
Post time 26-11-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan jalan yang rosak teruk menyukarkan perjalanan penduduk serta pengunjung susulan banjir kilat di Jalan Bukit Tinggi, Bentong, malam tadi.

BENTONG – Banjir kilat di Jalan Bukit Tinggi, di sini, malam tadi menyebabkan puluhan pengunjung terpaksa patah balik susulan jalan yang menghubungkan dengan kawasan peranginan di Janda Baik telah rosak.

Ekoran itu, mereka yang ingin ke kawasan tersebut itu terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jaraknya lebih 10 kilometer berbanding jalan Bukit Tinggi.

Menurut pekerja pusat peranginan yang ingin dikenali sebagai Man, 50, kerosakan pada jalan jelas mengganggu proses pengunjung mendapat akses ke tempat yang
mereka ingin kunjungi.

“Majikan saya dapat tahu banjir kilat jadi malam tadi dia mula risau, takut orang susah nak datang ke pusat peranginan dia. Kita harap ada orang yang akan bantu berikan maklumat jalan alternatif pada mereka yang cuba lalu laluan ini.

“Setakat ini kawasan di Janda Baik selamat, tiada terima kesan banjir kilat, yang terkesan mereka yang tinggal di Bukit Tinggi,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, Musdi Mustafa, 44, berkata, kejadian jalan rosak di laluan itu merupakan kali ketiga terjadi sejak 18 tahun dia menetap di Janda Baik, di sini.

“Laluan ini jalannya lebih singkat untuk ke pekan (Jalan Bukit Tinggi), ada jalan alternatif lain tapi lagi jauh. Penduduk dengan pengunjung pusat peranginan mesti guna jalan ini kalau nak naik ke atas (Janda Baik).

“Banjir kilat jadi dalam pukul 9 malam tadi, sampai tar boleh bergerak risau juga untuk guna laluan selepas ni,” katanya.

Tambah Masdi, dia mengharapkan pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu kerosakan jalan tersebut segera bagi memastikan penduduk dapat menggunakan jalan tersebut semula dalam masa terdekat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, beberapa kawasan di Bukit Tinggi, di sini dilanda banjir kilat malam tadi menyebabkan beberapa jalan dinaiki arus deras.

Ekoran kejadian itu, beberapa kerosakan turut berlaku pada kenderaan dan harta orang awam.

Kejadian itu turut disahkan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam.

Menurut beliau, pihaknya telah meminta kerjasama pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk melawat segera kawasan yang terlibat supaya kerja-kerja baikpulih dapat dilakukan segera.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-baik-patah-balik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.080046 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list