View: 2260|Reply: 0
|
[Terengganu]
Tetap berkempen dalam hujan, panas
[Copy link]
|
|
Mohamed Affandi berkempen ketika hujan melanda daerah Kemaman beberapa hari lalu. FOTO Mohamed Affandi
Chukai: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diteruskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu sejak hari penamaan calon pada 18 November lalu.
Ia sedikit pun tidak mematahkan semangat calon dan jentera parti politik yang bertanding baik daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Misi setiap calon bersama jentera masing-masing adalah menjelajah sebanyak mungkin tempat dan menyantuni pengundi sepanjang tempoh berkempen.
Boleh dikatakan, payung, baju hujan dan beberapa but getah antara keperluan yang sentiasa dibawa bersama-sama kerana keadaan cuaca yang sukar dijangka.
Bagi calon sama ada daripada BN atau Pas, keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini bukan halangan untuk mereka berkempen.
Calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menganggap hujan memberi peluang kepadanya untuk bertemu dengan lebih ramai pengundi yang berkumpul.
Katanya, kebanyakan penduduk berada di rumah dan akan berkumpul di tempat tertentu ketika musim hujan sekali gus memudahkannya berkempen.
"Saya tidak melihat cuaca sebagai isu kerana ada orang berkumpul untuk mencari perlindungan (semasa hujan) dan ini membolehkan saya bertemu dengan mereka," katanya.
Sementara itu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, hujan yang melanda daerah Kemaman tidak seteruk daerah-daerah lain.
"Sekarang ini musim hujan dan di Kemaman ini masih terkawal dan kita berharap cuaca baik pada hari pengundian.
"Daripada segi gerak kerja jentera, ia sudah disusun semaksimum mungkin sama ada mereka yang turun ke lapangan atau (guna) media sosial yang ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-dalam-hujan-panas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|