CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 0

[Kelantan] Lauk paling sedap kala hujan

[Copy link]
Post time 27-11-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode

AROMA ikan budu yang diperam garam untuk tempoh lama membuka selera penggemarnya.

Kota Bharu: Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.

Walaupun aroma ikan budu yang diperam antara enam hingga lapan bulan sangat kuat dan kurang menyenangkan, ia dianggap lauk paling menyelerakan bagi penggemarnya.

Peniaga di Pasar Siti Khadijah, Rahmah Jaafar, 64, berkata, sejak minggu lepas permintaan terhadap makanan bermusim itu meningkat sekali ganda.

"Dalam beberapa hari ini, ramai pelanggan datang mencari ikan budu, jadi saya tambah stok jualan sekali ganda iaitu 30 bungkus sejak kelmarin.



"Memang setiap tahun bila musim banjir pelanggan beli dua atau tiga bungkus terus dan jualan laris berbanding di luar musim monsun," katanya.

Rahmah yang berniaga di pasar itu sejak 38 tahun lalu berkata, bekalan diperoleh dari Pengkalan Kubor, Tumpat dan dijual pada harga antara RM5 hingga RM10 sebungkus bagi ikan budu kembung.

Seorang lagi peniaga, Husin Musa, 59, dari Kampung Suri, Tumpat berkata, ikan budu menjadi pilihan pelanggan kerana produk itu mampu bertahan hingga berbulan-bulan.

"Pada musim tengkujuh biasanya ikan segar mahal atau sukar diperoleh, jadi penduduk menjadikan ikan budu sebagai alternatif selain ia sangat menjimatkan untuk dijadikan lauk bagi keluarga yang kurang berkemampuan," katanya.

Pelanggan, Amran Sidek, 46, berkata, dia sentiasa menyimpan stok ikan budu sebagai persediaan setiap kali musim tengkujuh.

Bapa enam anak itu berkata, ikan budu digoreng bersama telur, bawang besar dan sedikit cili adalah hidangan kegemaran mereka sekeluarga.

"Untuk beli ikan budu, kita kena pandai pilih kerana ikan budu terlampau masin atau diperap dalam tempoh lama kurang enak dimakan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-sedap-kala-hujan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.055070 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list