CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 0

[Terengganu] Penduduk Taman Sri Intan bosan dengan masalah banjir termenung, mana tindakan pihak berkuasa?

[Copy link]
Post time 27-11-2023 02:58 PM | Show all posts |Read mode

MAZNAH memindahkan barang selepas rumahnya di Taman Sri Intan, Kuala Besut turut dinaiki air banjir dan air termenung masih belum surut . FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: "Sampai bila kami terpaksa berpindah setiap kali berlaku banjir termenung di kawasan ini," luah mangsa banjir, Maznah Ismail.

Maznah, 53, penduduk Taman Sri Intan, Kuala Besut berkata, masalah banjir termenung di perumahan itu bermula pada 2017 selepas hampir berbelas tahun dia tinggal di situ.

Katanya, sebelum ini, kawasan itu tidak ditenggelami air kerana kedudukannya agak tinggi berbanding kawasan lain.

"Namun, selepas tembok di tepi jalan raya dibina tinggi, lama-kelamaan air tidak dapat mengalir keluar. Keadaan bertambah buruk apabila kawasan berhampiran ditambak untuk didirikan banglo.



"Masalah utama banjir termenung di sini, ada kaitan dengan sistem perparitan serta longkang kecil yang tidak dapat menampung limpahan air, terutamanya jika hujan lebat.

"Kami harap pihak berkaitan dapat membesarkan parit serta longkang untuk mengelakkan masalah ini berlarutan," katanya ditemui, hari ini.

Katanya, masalah itu turut menjejaskan sesi persekolahan kerana sekolah terpaksa ditutup apabila ia dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rosmayati Johan, 60, berkata, tahun ini, lebih 400 penduduk taman itu dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut.

"Minggu ini sudah dua kali kami terpaksa berpindah ke PPS itu. Walaupun paras air banjir tidak tinggi, namun penduduk berdepan risiko binatang liar masuk ke rumah.

"Rumah jiran kami dimasuki ular senduk. Dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk mendapatkan bantuan.

"Kami berharap pihak berkaitan ambil maklum masalah kami. Ini kerana, sebahagian besar penduduk adalah pemilik kediaman, hanya segelintir yang menyewa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... njir-termenung-mana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.370082 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list