|
Eshah Yusoff, 56, (duduk) dan penduduk kampung mendengar penerangan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin (paling kiri) di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Jelawat, Bachok. NSTP/Nor Amalina Alias
BACHOK: Seramai 354 orang daripada 90 keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat di sini, selepas penempatan mereka dilanda banjir termenung.
Tinjauan di PPS SK Jelawat mendapati mereka yang ditempatkan di situ membabitkan 107 lelaki dewasa, 90 wanita dewasa, 81 kanak-kanak lelaki, 55 kanak-kanak perempuan, 15 bayi lelaki, enam bayi perempuan, tiga lelaki warga emas dan dua wanita warga emas.
Mangsa yang baru tiba di PPS berkenaan, Eshah Yusoff, 56, berkata dia dan keluarga mengambil keputusan ke PPS selepas air semakin naik ke dalam rumahnya di Kampung Banggol Pauh, sejak Sabtu.
Katanya, mereka sudah tidak keluar rumah sejak dua hari lalu dan hanya bertahan dengan makanan sedia ada dalam rumah.
"Kami tak tahu nak ke mana, sebab air naik hingga satu meter. Rumah kami kira-kira satu kilometer dari jalan utama.
"Apabila lihat air makin naik, kami sepakat dengan penduduk bawa keluar ahli keluarga," katanya ketika ditemui di PPS SK Jelawat.
Wan Abdullah Wan Setapa, 67, pula berkata, kawasan rumahnya dilanda banjir termenung berikutan kediaman bekas bendang dan tiada aliran keluar air setiap kali musim hujan.
Katanya, kebiasaannya kawasan kediamannya akan dilanda banjir sebanyak tiga kali sepanjang musim tengkujuh.
"Tahun lalu paling teruk. Air naik hampir tiga meter dan hampir tenggelamkan bahagian rumah," katanya.
Nik Nor Fatihah Nik Pa, 27, berkata ini kali pertama dia dan suami, Mohd Shahrul Lazim, 29, serta dua anak, Nurul Aini, 11, dan Nurul Amalin, 4, berpindah ke PPS.
"Kami terpaksa harung air setiap kali nak keluar rumah untuk beli makanan. Anak pula sudah dua minggu tak dapat ke sekolah. Apabila lihat keadaan tambah teruk, kami datang pindah ke PPS," katanya.
Sementara itu, tinjauan ke beberapa kampung di sekitar Jelawat mendapati beberapa laluan keluar turut digenangi air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.
Antaranya, Kampung Dusun Durian, Kampung Pohon Nenasi, Beris Lalang, Kampung Rekang, manakala kawasmpung terjejas banjir adalah Taman Citijaya, Taman Bator Harmoni, Alor Ganu, Teratak Pulai, Alor Pulai, Permatang Machang dan Kubang Keladi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, Kelantan merekodkan 204 keluarga dengan 718 mangsa yang ditempatkan di empat PPS iaitu dua di Pasir Mas dan dua di Bachok.
Di Pasir Mas, PPS SK Tok Deh dengan bilangan 79 keluarga dan 232 mangsa, PPS SK Kedai Tanjong seramai 19 keluarga dan 95 mangsa manakala di Bachok, PPS SMK Beris Panchor dengan 16 keluarga membabitkan 67 mangsa dan PPS SK Jelawat paling tinggi seramai 90 dengan 354 mangsa.
https://www.bharian.com.my/berit ... da-banjir-termenung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|