CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4532|Reply: 0

[Kelantan] Konsert di Bachok ada permit, namun penganjur langgar peraturan

[Copy link]
Post time 28-11-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan menjelaskan konsert Pesta Loy Krathong di Bachok yang berlangsung Jumaat lalu dengan menampilkan penyanyi dari Thailand, mempunyai permit.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah bagaimanapun berkata pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan.

Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung muslim ke konsert berkenaan.

"Susulan tular video berkenaan, kita mengadakan siasatan dan proses pendengaran semalam yang dihadiri beberapa pihak termasuk wakil Majlis Daerah Bachok, pihak polis, pejawab agama dan penganjur.



"Pihak penganjur Wat Pathumviharn di Bachok mengakui seorang anggota Rela yang diupah di konsert berkenaan gagal mengawal keadaan sehingga acara berkenaan turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

"Sedangkan poster berhubung acara berkenaan sudah dibuat dalam bahasa Thailand dan konsert keagamaan yang diadakan secara tahunan itu hanya untuk penganut beragama Buddha," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Jelasnya, konsert Pesta Loy Krathong itu tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan sebagaimana yang didakwa pihak tertentu memandangkan ianya mempunyai permit.

"Pihak penganjur memohon permit untuk acara berkenaan pada 25 Jun lalu dan permit hanya diluluskan pada 20 September selepas kita menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi termasuk lokasi penganjuran tertutup dan hanya dihadiri penganut agama mereka sahaja.

"Susulan pelanggaran syarat yang dibuat pihak penganjur, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk mengenakan denda iaitu tidak melebihi RM10,000," katanya.

Terdahulu, tular satu konsert yang memaparkan kumpulan penyanyi wanita dikenali sebagai Thungpang yang berasal dari Thailand, didakwa dianjurkan di Kampung Balai, Bachok, Jumaat lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-langgar-peraturan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.414255 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list