CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5836|Reply: 0

[Kelantan] Pesta Loy Krathong di Bachok langgar syarat permit penganjuran

[Copy link]
Post time 28-11-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar klip video konsert pesta Loy Krathong di sebuah kuil di Bachok pada Jumaat lalu.

KOTA BHARU – Pesta Loy Krathong yang dianjurkan di sebuah kuil di Bachok pada Jumaat lalu yang turut menyelitkan penganjuran konsert dengan penampilan penyanyi seksi dari Thailand mempunyai permit sah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah berkata, bagaimanapun, berlaku pelanggaran beberapa peraturan atau syarat ditetapkan semasa penganjuran pesta dan konsert tersebut.

Menurutnya, peraturan yang tidak dipatuhi pihak penganjur antaranya membenarkan pengunjung Melayu beragama Islam memasuki kawasan pesta dan penampilan artis tidak mematuhi etika kod pemakaian ditetapkan.

“Pihak penganjur memaklumkan, semua poster promosi dikeluarkan dalam bahasa Thailand. Mereka telah menyediakan papan tanda memaklumkan pesta berkenaan tidak dibuka kepada penduduk Islam Bachok yang turut diletakkan di pintu masuk.

“Situasi semasa hari pesta itu dikatakan di luar kawalan berikutan hanya seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bertugas sehingga membenarkan pengunjung beragama Islam masuk selain artis gagal mengikut etika kod pemakaian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Hilmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil menjelaskan, kerajaan negeri akan meneliti bentuk kesalahan dan pelanggaran syarat yang dilakukan malah tidak akan teragak-agak mengenakan denda tidak melebihi RM10,000 terhadap pihak penganjur.

Menurutnya, pesta Loy Krathong merupakan acara tahunan yang sentiasa dianjurkan oleh Watt Pathumviharn dan ini merupakan kali pertama pihak berkenaan melakukan pelanggaran peraturan-peraturan ditetapkan.

“Ia merupakan upacara keagamaan atau kebudayaan masyarakat Siam dan permit telah dimohon oleh penganjur pada 25 Jun sebelum diluluskan pada 20 September lalu.

“Kelulusan permit diberikan kerana penganjuran program adalah di tempat tertutup oleh institusi agama Buddha dan dikhaskan untuk penganut agama itu sahaja,” ujarnya.

Hilmi memberitahu, Susulan penularan video berkaitan pesta dan konsert tersebut, satu siasatan dan proses pendengaran telah diadakan oleh Ketua Jajahan Bachok, Shamsul Abu Bakar.

Tambahnya, siasatan dan proses pendengaran berkaitan pesta dan konsert tersebut turut dihadiri Majlis Daerah Bachok, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Jajahan Bachok, Penggawa Daerah Bachok dan wakil penganjur iaitu Jawatankuasa Watt Pathumviharn dan badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Kelantan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... permit-penganjuran/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.442984 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list