CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4125|Reply: 0

[Kelantan] Penganggur didapati bersalah bunuh bapa sepupu

[Copy link]
Post time 28-11-2023 06:50 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Azwar didapati bersalah di akhir kes pembelaan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa sepupunya, enam tahun lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Penganggur didapati bersalah di akhir kes pembelaan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa sepupunya, enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Roslan Abu Bakar yang mendapati tertuduh, Muhammad Azwan Zulkarnai, 26, bersalah membunuh mangsa, Rosmadi Abdul Aziz, 55.

Roslan dalam penghakiman berkata tertuduh gagal membuktikan pembelaan tidak siuman di atas imbangan kebarangkalian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan terhadap, Rosmadi di Kampung Kerilla, Temangan, dekat Machang, pada 12.30 tengah hari, 4 September 2017.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah bagaimanapun mengarahkan kedua-dua pihak untuk membuat hujahan berkenaan hukuman pada 14 Disember depan untuk proses jatuh hukum memandangkan terdapat pindaan undang-undang yang memansuhkan hukuman mati mandatori baru-baru ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Anuar Abdul Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam, Halim Ashgar.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-bunuh-bapa-sepupu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.047898 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list