CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2694|Reply: 0

[Terengganu] Rebah sebelum meninggal dunia selepas keluar dari kedai dobi terbakar

[Copy link]
Post time 29-11-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan di dalam sebuah kedai dobi yang berlaku kebakaran. FOTO Ihsan JBPM

Kuala Berang: "Kali terakhir saya bercakap dengan arwah kira-kira dua hari lalu ketika dia menghubungi saya," kata Syamsiah Sulong dari Kampung Sungai Petai, dekat sini.

Syamsiah, 76, yang juga ibu kepada Syamsul Bahari Mamat, 48, berkata, dalam perbualan itu anaknya bertanya bertanya bila dia mahu pulang selepas tiga bulan berada di rumah seorang lagi anak di ibu negara.

Menurutnya, dia mengetahui kematian anaknya itu pada 11 malam tadi selepas dimaklumkan ahli keluarga sebelum bertolak pulang ke sini.

Katanya, anaknya itu bekerja sebagai penghantar barangan dan dia difahamkan anaknya meninggal selepas keluar daripada kedai dobi milik seorang lagi anaknya yang terbakar semalam.



"Kedai dobi yang baru beroperasi seminggu itu mengalami kebakaran kecil dan difahamkan arwah masuk ke dalam kedai berkenaan.

"Dia dikatakan tiba-tiba rebah ketika berada di hadapan kedai dobi berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) namun disahkan meninggal dunia.

"Saya tidak sangka perbualan dua hari lalu iaitu pada hari lahir saya merupakan perbualan terakhir saya bersama arwah.

"Saya reda dengan kejadian ini dan menganggap ia adalah takdir kerana kebakaran yang berlaku hanya sedikit di dalam kedai dobi berkenaan namun sudah ditakdirkan arwah akan pergi buat selamanya selepas kejadian itu," katanya.

Menurutnya, dia tinggal bersama Syamsul Bahari dan juga dua anak arwah berusia 15 dan 17 tahun.

Katanya, selepas mendapat perkhabaran itu, dia bersama anaknya terus pulang dan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buluh Batu Bersurat, tengah hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Hanaffi Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.18 malam.

"Lapan anggota bersama jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi tamat pada 8.57 malam.

"Berlaku kebakaran kecil di dalam kedai dobi berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kedai-dobi-terbakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081841 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list